Nasi Lemak Kasih Sayang - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 13 April 2014

Nasi Lemak Kasih Sayang

As salam
Salam sejahtera

Pagi ahad yg indah. Tengahari kurang indah cuaca panas terik. Nak taknak kena on air-cond. Kalau tak rasa nak menyinga je panas punya pasal. Haha.

Oleh kerana pagi tadi indah mood i pun indah jugak. Terlebih rajin di situ. Huhu. I masak nasi lemak u ols. Baru 2x kot seumur hidup i masak nasi lemak.

Resepi i simple je asal rasa nasi lemak sudah. Hihi. Nak share resepi kot2 ada yg terliur dengan menu i pagi nih. Huhu.

Bahan2 Nasi:
Beras
Santan
Garam
Halia

Bahan2 Sambal:
Cili kering blend
Ikan bilis
Bawang besar
Air asam jawa
Gula melaka
Minyak masak

Condiment nasi lemak:
Telur rebus
Ayam goreng ayamas
Timun

Cara masak nasi: mudah je i masak nasi lemak. Basuh beras bersih2. Untuk santan i parut kelapa pastu letak air perah jela. Masuk dalam beras tadi dengan garam & halia. Halia tuh sikit je tak perlu banyak2. Masak jela dalam rice cooker. Settle.

Cara masak sambal: lagi mudah sebab cili kering blend tuh kakak i dah masak siap2 so tinggal tumis je kejap. Bila dah agak garing masuk bawang besar. Biarkan bawang layu jap pastu masuk air asam jawa & gula melaka pun sikit je buat syarat. Last sekali masuk ikan bilis. Tambah air sikit. Kacau2. Siap.

Telur tuh rebus je macam biasa. Timun pun potong2 je. Ayam goreng ayamas tuh pun goreng je. Senang kan resepi i. Bahan2 sedia ada je.
This is why i call NASI LEMAK KASIH SAYANG. Sesaje ngade2 hidang kat encik hubby i macam nih. Macam buang tebiat sikit kan. Haha. Nasi tuh i letak dalam bekas moist chocolate cake anis. Dapat la bentuk cinta gitu.

2 comments:

  1. terliur tengok nasi lemak kasih sayang tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tengok belum rasa lagi. Hihi. Kalau dah rasa mesti nak tambah.

      Delete