Makaroni Bakar - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 6 August 2014

Makaroni Bakar

As Salam
Salam Sejahtera

Alhamdulillah hari nih dah mula bekerja setelah seminggu bercuti raya. Menimbun kerja. Apa boleh buat kita makan gaji nak taknak buat jela. Tak sabar nak jadi working at home mom.
Sebenarnya kita nak share resepi makaroni bakar. Kita buat jumaat baru nih. Sangat mudah disediakan. Bahan-bahan pun senang je nak cari.

Jom kita tunjuk cara nak buat. Sebelum tuh beli bahan-bahan dulu tau.

Bahan-bahan Makaroni:
1/2 peket makaroni (brand Kimball)
1 botol sos spageti cendawan (brand Kimball)
1/2 tin cendawan butang (Ayam brand)
1 keping dada ayam
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1/2 batang carrot (sayur lain pun boleh)
200 gm mozarella cheese (boleh letak lebih)
1 sudu butter (marjerin/olive oil pun boleh)
Sedikit lada sulah jika perlu

Bahan-bahan Bechamel Sauce:
1 sudu butter
4 sudu tepung gandum
1 tin susu cair
atau
4 sudu susu tepung (bancuh dengan air 1 cawan)

Cara Buat Makaroni:
1. Cincang bawang putih & bawang besar serta isi ayam. Hiris nipis cendawan butang. Carrot potong julienne. Rebus makaroni.
2. Panaskan butter kemudian tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau & layu.
3. Masukkan pula isi ayam. Kacau hingga masak. Kemudian masukkan cendawan butang & carrot. Kacau lagi hingga masak.
4. Masukkan sos spageti. Kacau rata kemudian perasakan dengan lada sulah. Setelah masak angkat & masukkan ke dalam bekas lain. Gaul rata dalam makaroni.

Cara Buat Bechamel Sauce:
1. Cairkan butter kemudian masukkan tepung gandum (jadikan roux - untuk agen memekat). Kacau seketika kemudian masukkan susu cair atau bancuhan susu tepung.
2. Kacau hingga tidak berketul & pekat. Kalau tak pekat tambahkan sedikit lagi tepung gandum.
3. Setelah pekat angkat & masukkan dalam bekas.


Cara Nak Susun Dalam Loyang Pembakar

 
Susun seperti dalam gambar ye. Ratakan ke seluruh permukaan loyang.


Seterusnya taburkan mozarella cheese. Lagi banyak lagi best.


Ratakan bechamel sauce pulak


Atas bechamel sauce tuh pulak taburkan lagi mozarella cheese. Nak bagi meleleh gitu. Hihi


Ratakan lagi dengan balance makaroni tadi. Ikut la berapa layer pun.


Tabur lagi mozarella cheese kat bahagian atas sekali. Pastu masukkan dalam oven. Dah agak-agak cair kira ok dah.


Hasilnya........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaaa..........

Nih la hasilnya. Cuba la buat memang sedap.

Resepi nih ambil dari kawan. Tapi dah ubah sikit-sikit dah ikut kepandaian sendiri. Hihi. Credit to: AFIQ

Resepi asal dia bagi:

macaroni bakar (dpt 1 tray kecik mcm kt sepital tu.klu buat kt rumah bahagi 2)

macaroni - 200gm-250gm (setengah peket drp sepket...selalunye sepeket 400gm)
rebus dgn air + garam + minyak

utk sos prego
-bwg merah 1 biji
-bwg ptih 3 biji
-cili padi 5 biji ikut pedas masing2

tumis dgn minyak dan butter skit,,sy letak bay leaf sbb mmg ada kt rumah

-daging kisar sepeket (x silap 400g kot jenama ramly atau azmy)

*masak daging2 sehingga betul2 masak xde merah2..

-pastu tuang prego tradisional 1 tin...dan amik air rebusan pasta 1 tin guna tin prego tu tadi
-renihkan pastu letak oregano serbuk..beli kedai kek murah oregano tu dalam 2 sudu kecik. letak mushroom, letak carrot slice, or apa2 vege mcm cauliflower n broccoli

perasakan dengan garam dan siap..lets sy kuah awk tu cair, pekatkan guna tepung jagung sbb klu nak bakar ni kena pekatkan kuah tu..

Kuah Bechamel
500ml susu sair atau 2 cawan
3tbsp teepung gandum
3tbsp butter or marjerin

mula2 panaskan butter , bila cair letak tepung...pastu slow2 masuk susu sambil kacau smpai hilang ketul2...perasakan dengan garam dan lada sulah..klu nk best letak oregano skit...biar masak api slow smpai hilang rasa tepung...


SIIAAAPPP......pastu sebelum bakar gaulkan macaroni dengan sos daging td dan letak 1 senduk bechamel..gaul rata2..masuk dalm dulang pembakar...pastu atas sekali curah bechamel (make sure behcamel pekat, klu xpekat tambah roux lg.,..)..letak cheese mozarella, drizzle olive oil n serbuk parsley (kedai kek, xsilap kt lipis ada pui fatt, situ murah herba2 mereka) n bakar.....yg penting seasoning ye semasa memasak tu..ok gucluck.... 






2 comments:

  1. pergh mengancam resepi macaroni :D kalau tak de oven, nak pakai apa ae?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try pakai rice cooker. Kalau takde jugak atas dapur gas pun boleh. Kita buat dia :)

      Delete