Minyak Naik Harga?? - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 5 October 2014

Minyak Naik Harga??


As Salam. Salam Sejahtera.

Dah berhari-hari nak update entry nih tapi asyik la takde masa. Terpaksa save as draft dulu la. So hari nih ku gagahi jua nak update. Isu yang sedang hangat diperkatakan kebelakangan ini MINYAK NAIK HARGA.

Memang sangat hangat dimana segala macam media sosial semua duk berdebat isu minyak nih. Facebook, Twitter, Blog, Instagram dan banyak lagi semua heboh membincangkan isu kenaikan minyak. Rata-rata memang tidak berpuas hati tentang kenaikan minyak kerana lebih menambahkan beban mereka yang berpendapatan rendah. 

Walaupun yang naik hanya RM0.20 tetapi kalau dah isi 20 liter biasa RM42 tetapi selepas kenaikan minyak menjadi RM46. Isu ini berkait rapat dengan pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan maka disebabkan itulah harga minyak menjadi naik.

Kita sebagai manusia biasa harus bersyukur dengan apa yang berlaku ini. Kerajaan naikkan minyak maka tibalah masa untuk kita perbaiki taraf ekonomi kita. Bukan sentiasa bergantung harap kepada kerajaan memberi subsidi mahupun sumbangan.

Buat sesuatu supaya kita dapat menambahkan pendapatan kita. Macam-macam perniagaan kita boleh lakukan untuk tambahkan pendapatan. Bukan hanya bercakap kosong memaki hamun kerajaan yang tiada kesudahan. Minyak tetap naik, pendapatan anda tetap tidak bertambah.

Saya sendiri amat terasa dengan kenaikan minyak kerana setiap hari saya berulang alik ke tempat kerja sejauh 30km. Bayangkan pergi dan balik lebih kurang 60km. Saya tak pandai nak kira 1km bersamaan berapa liter minyak yang digunakan tetapi kebiasaan saya isi RM50 memang seminggu cukup untuk saya pergi dan balik kerja.

Tetapi sampai bila kita nak marah dengan tindakan kerajaan berbuat demikian. Mesti ada perancangan yang kita tak tau. Part of our responsibility is to do something to make money. Jangan cakap kosong je. Buat sesuatu. Cari sesuatu yang boleh dibuat untuk menambahkan pendapatan. 

Sekarang nih macam-macam perniagaan boleh dilakukan. Jual baju, tudung, kasut, produk kesihatan dan macam-macam lagi lah. Semua berusaha untuk perbaiki ekonomi. Tak berdiam diri menunggu je. Saya sendiri menjalankan perniagaan online. Saya jadi Pengedar Shaklee, saya buat kecil-kecilan perniagaan kanopi. Semua saya buat sebab saya nak financial freedom. Saya taknak harapkan sesiapa sebab saya suka berniaga. Saya nak jadi kaya. Kaya boleh bantu orang yang memerlukan. Ramai sangat orang yang memerlukan pertolongan kita.

Semoga impian saya nak kaya dan berjaya dipermudahkan. Amin.

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)

1 comment:

  1. Lepas ni syarikat basikal kena buat basikal bermoto yang laju n jimat..haha
    20km 30sen.

    ReplyDelete