Peniaga Online Wajib Daftar SSM - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 13 January 2015

Peniaga Online Wajib Daftar SSM

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mewajibkan setiap peniaga online yang menjalankan urusan perniagaan bermotifkan keuntungan tak mengira bentuk perniagaan sama ada milik tunggal atau perkongsian perlu mendaftarkan perniagaan mereka.



Walaupun tiada premis perniagaan, peniaga perlu juga mendaftar perniagaan kerana telah termaktub didalam definisi perniagaan di bawah seksyen 2, APP 1956  meliputi apa-apa bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapat keuntungan.

Jika gagal didaftarkan maka ia diharamkan. Tujuan utama peniaga online perlu mendaftar dengan SSM supaya dapat memelihara dan melindungi hak pengguna di Malaysia dari dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.



I ols gigih dah daftar syarikat hari tuh. Mula-mula plan nak letak nama SR Families Enterprise tapi malangnya dah ada orang guna. Terus zass letak Double SR Enterprise. Maka terdaftar la syarikat daku dengan SSM. Risau jugak kan dah dikatakan haram tuh. Bukan mahal pun nak daftar tuh. RM70 setahun kalau kita daftar atas nama lain. Kalau nama sendiri murah sikit.





Yang penting bila dah daftar baru pelanggan akan rasa lebih terjamin nak membeli dari kita. Almaklum la ramai sangat peniaga online yang menipu sekarang nih.

Cie sokong sangat pendaftaran perniagaan nih. Baru lah betul-betul serius berniaga. Bukan sekadar untuk mengambil kesempatan je. So jom la kita beramai-beramai pergi SSM terdekat atau boleh mendaftar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

2 comments: