Resepi Nasi Ayam Penyet Versiku - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 24 January 2015

Resepi Nasi Ayam Penyet Versiku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama teringin nak masak NASI AYAM PENYET. Baru malam nih berjaya. Walaupun terlupa letak garam, walaupun takdela sesedap rasa ayam penyet resepi asal orang indonesia tuh daku dah berpuas hati dapat jugak masak nasi ayam penyet.


resepi nasi ayam penyet versiku
Nasi Ayam Penyet versiku

Resepi suka hati je sebab bila google macam-macam versi keluar. Takpekan kita yang buat dia. Hentam jela janji ada la rupa sikit. Hihi. Nasi ayam penyet versiku sendiri.

Resepi Nasi Ayam Penyet



Bahan-bahan Nasi
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu marjerin
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit pewarna kuning
1/2 sudu kecil garam

Cara Membuat Nasi
1. Mayang bawang besar dan bawang putih.
2. Bersihkan beras dan toskan.
3. Masukkan air rebusan ayam dan pewarna kuning ke dalam periuk yang berisi beras.
4. Panaskan marjerin kemudian tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
5. Masukkan bawang dan tumis hingga layu.
6. Curahkan bahan tumisan ke dalam periuk. Kacau sedikit.
7. Biarkan sehingga masak.
8. Sedia untuk dihidangkan.


Resepi Ayam Penyet


Bahan-bahan Ayam Penyet
1 ekor ayam
4 biji bawang putih
1 biji bawang besar
3 batang serai
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
2 sudu ketumbar
2 sudu serbuk kunyit
2 sudu serbuk rempah kari ayam
2 biji telur
1 cawan tepung beras
Garam secukup rasa

Cara Membuat Ayam Penyet
1. Bersihkan ayam dan rebuskan.
2. Sangai seketika jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Kemudian kisar kering.
3. Campurkan bersama garam, serbuk kunyit, serbuk rempah kari ayam dan tepung beras.
4. Kisar bawang putih, bawang besar dan serai. Letak sedikit je air.
5. Campurkan ke dalam bahan kisar kering tadi. Masukkan juga telur yang telah dipukul.
6. Kacau sebati.
7. Perap seketika ayam sebelum digoreng.
8. Goreng ayam sehingga kekuningan.
9. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Sup Nasi Ayam Penyet



Bahan-bahan Sup
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 bunjut rempah sup
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Cara Membuat Sup
1. Hiris bawang putih dan bawang besar.
2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan sehingga naik bau.
3. Masukkan air rebusan ayam. Biarkan hingga mendidih kemudian perasakan dengan garam. Sedia untuk dihidangkan.


Resepi Sambal Nasi Ayam Penyet



Bahan-bahan Sambal
15 biji cili padi dipotong 2
1 biji cili merah dipotong kecil
2 biji tomato dibelah 6
6 biji bawang merah dihiris
3 biji bawang putih dihiris
1 genggam ikan bilis
Sedikit belacan
2 biji limau kasturi
Sedikit minyak masak

Cara Membuat Sambal
1. Panaskan minyak kemudian goreng ikan bilis hingga garing kemudian ketepikan.
2. Goreng cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih sehingga layu. Ketepikan.
3. Goreng tomato. Ketepikan.
4. Goreng belacan ketepikan.
5. Kisar kesemua bahan.
6. Gunakan minyak yang sama tadi kemudian tumiskan bahan kisar tadi seketika. Sedia untuk dihidangkan.
7. Perahkan limau kasturi ketika nak makan.


Tempe, Tauhu dan Ulaman



Tempe dipotong panjang dan nipis kemudian perapkan dengan adunan perap ayam. Selepas itu goreng hingga kekuningan.



Tauhu dipotong empat kemudian diperapkan bersama dengan adunan perap ayam. Selepas itu goreng hingga kekuningan.



Ulaman boleh pilih ikut selera masing-masing. Untuk resepi Cie nih hanya guna salad lettuce, timun dan tomato. Boleh juga guna kobis, kacang panjang, kacang botol dan segala jenis ulaman lain. 

Nampak je rumit tau. Tapi senang je sebenarnya. Campak-campak siap untuk dimakan. Ada sesetengah orang just makan dengan nasi putih je. Tapi versiku nih ubah makan dengan nasi ala nasi ayam. So kalau teringin boleh la try ye. Nanti kempunan pulak. Hihi. Terasa nikmat kalau dapat masak sendiri. Hanya mereka yang suka memasak je akan feeling macam I. Haha.

2 comments:

  1. perghh kak..buat sy tliur pg2 buta ni..dh la 1 ari ni blm jamah nasi lg..hehe

    ReplyDelete