Awas Strok Haba Merbahaya - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 25 February 2015

Awas Strok Haba Merbahaya

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Musim panas dah bermula. Memang panas sangat sekarang nih. Rasa macam nak mandi dalam ais je. Air-cond memang awal je on. Kalau harap kipas je memang tak rasa. Pernah dengar tak strok haba? Sebenarnya Cie pun baru dengar jugak. Hihi. Tuh yang gigih duk mencari info pasal strok haba. Nak la jugak tau bahaya ke tak kan.



Strok Haba


Apa itu Strok Haba?

Strok haba merupakan paras suhu badan yang akan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Sedangkan suhu normal badan manusia sekitar 37.0 darjah celcius je.

Tanda-tanda Strok Haba?

Kebiasaannya tanda-tanda terkena strok haba nih ialah sakit kepala berdenyut. Kadangkala rasa mual-mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu yang sangat panas. Denyutan nadi juga menjadi lebih pantas. Tanda-tanda lain yang biasa terjadi ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

Punca Berlaku Strok Haba

Strok haba berpunca dari pendedahan terhadap cuaca panas dan suhu panas berpanjangan. Jika kita kurang minum air dan berlaku dehidrasi pun boleh menyebabkan strok haba berlaku.

5 Langkah Pencegahan

Langkah segera perlu diambil sekiranya ada individu yang terkena strok haba.

1. Pastikan pesakit ditempatkan di tempat yang teduh.

2. Tempatkan pesakit di bawah kipas 

3. Atau tempat berhawa dingin.

4. Lapkan anggota badan pesakit dengan tuala basah.

5. Pesakit juga boleh berendam didalam kolam air.

Langkah ini perlu diambil untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan. Cara pencegahan yang lain kita juga perlu elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas. Pastikan air diminum dalam kuantiti yang banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.

Strok haba nih bahaya jugak sebenarnya. Boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak dimana boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa maut. Jangan lah ambil remeh dengan strok haba nih. Atasi segera sebelum kita terkena strok haba.

Musim panas nih memang syok kalau pekena PERFORMANCE DRINK bancuh sejuk-sejuk. Fuhhh memang segar tekak. Lagipun bagus untuk elak dari dehidrasi.





Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)


Atau boleh juga hubungi PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

2 comments:

  1. betul.. skrg ni mmg pnas... kna bnykkan mnum air kosong.... kurangkan aktvti luar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes betul memang musim cuaca panas. kurangkan aktiviti luar rumah yang terdedah kepada matahari.

      Delete