Swiss Garden International Vacation Club - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 1 February 2015

Swiss Garden International Vacation Club

Swiss Garden International Vacation Club Penipu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Disember yang lepas tengah-tengah duk cek stok dalam stor tiba-tiba officemate kata handphone bunyi. Tekedek-kedek daku keluar. Ingatkan lah kot husband atau family yang call. Rupanya bukan.

Seorang lelaki yang call memperkenalkan diri dia dari Swiss Garden. Masa tuh tak fokus sangat. Apa la pulak mamat nih nak promote. Memang tepat tekaan daku. Katanya nak bagi voucher penginapan kat Swiss Garden free je. Biar betul kan. Dah sah-sah ada la benda kita kena join tuh. Tau sangat dah. Lepas call dia hantar sms pulak.




Dulu pernah jugak dapat call dari KPJ Medical Centre tapi yang tuh free medical check up. Kata mamat Swiss Garden tuh dorang nak introduce hotel baru dorang pastu nak buat survey tentang percutian keluarga. Dalam 45 minit kena dengar dorang bagi talk. Mesti husband & wife kena dengar sekali. Daku dah agak dah. Sure kena join membership.

Tepat pada waktunya kami 4 beranak datang la ke Lipis Plaza tempat dorang buat event tuh. Sampai-sampai je ada member encik hubby jugak kat situ. Dorang dari pagi tak settle. Biar betul kan. Malas jugak sebenarnya nak join nih. Dorang explain punya explain encik hubby ku terjebak. Katanya nak join. Aik sambil muka pelik. Daku menurut aje. Actually bagus jugak pakej dorang tuh kalau kita jenis suka bercuti. Setahun dapat 7 hari percutian percuma kat semua rangkaian hotel dorang.

Kalau ikutkan pakej tuh kami kena bayar RM15,000.00 untuk down payment. Gila banyak kan mana la nak ada duit banyak tuh. Tengok muka kami macam dah kelat-kelat je dorang offer yang lain pulak. Just bayar RM1500.00 tapi bukan dapat bilik free setiap tahun la. Selang setahun. Muka kami laki bini kelat-kelat lagi sampai la dorang offer bayar dulu RM500 then balance boleh bayar sebelum 5 Februari. Haha. Baru kami ambil. 31 Januari sebelum check in dah settle semua balance lagi RM1000. Monthly dalam RM282. Bayar dalam 48 bulan bermula 1 Mac 2015.

So voucher free yang dorang bagi kami tuh guna untuk check in 31 Januari and check out 2 Februari. 3 hari 2 malam kat Swiss Garden Resort & Spa Kuantan. Next entry nanti Cie akan review resort tuh ok ke tak ye.

Saja je ambik memandangkan kami nih selalu jugak la bercuti. At least nanti dapat penginapan percuma. Ada beberapa rangkaian hotel dorang kat Semenanjung Malaysia dan luar negara. So tak rugi pun mana tau kot keluar negara nanti kan. Kat Kuala Lumpur pun ada nanti kalau turun sana nak shopping boleh check in.



Bila tengok review ada yang kata tipu pakej nih. Bagi kami mana-mana pun sama je mereka akan offer macam-macam tapi sampai satu masa offer biasa-biasa je. Sama macam agen insurans la kan. Atas kita jela kalau rasa berminat join dan bayar senang je.

Tadaaaa kad dah dapat. Hihi




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)


Atau boleh juga hubungi PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

12 comments:

  1. masih ada lagi rupanya mereka buat pakage nie...10thn lepas kak mieja pon pernah attend beberapa pakej mcm nie....at the end dapat voucher free tak pergi pon....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi kak. Rugi lah kak tak pergi. Bayar monthly jugak kan?

      Delete
    2. ok ke kak jadi member..sy bc bad review, rs takut pula...reply la sy kak...

      Delete
  2. Saya baru pergi last semalam..tp tak payah bayar apa2 pun..dpt jugak voucher..

    ReplyDelete
  3. Sy baru pergisemalam dan ambik oakej diorang.. kena bayar bulan2 selama 48 bulan.. tp betul ke benda ni tipu?? Pn Roziah boleh tolong jelaskan x??

    ReplyDelete
  4. saya pun br g smlm 14/2/2016.. haha ..skg pakej rM30,000.00 diorg da bg talk panjang2 sblm bgtau harga diorg tny berminat ke x?nsb baik kitrg suami isteri ckp xberminat..mmg b uang air liur org tu...nak tknk dorg kna la bg voucher 3d/2n free tu.. mmg x la nk msuk mahal2 mcm tu utk 30 tahun hehe

    ReplyDelete
  5. saya pun br g smlm 14/2/2016.. haha ..skg pakej rM30,000.00 diorg da bg talk panjang2 sblm bgtau harga diorg tny berminat ke x?nsb baik kitrg suami isteri ckp xberminat..mmg b uang air liur org tu...nak tknk dorg kna la bg voucher 3d/2n free tu.. mmg x la nk msuk mahal2 mcm tu utk 30 tahun hehe

    ReplyDelete
  6. Saya adalah salah seorang member pakej gold swiss garden vacation club (SGVC). Saya join sejak November 2013. Sehingga sekarang Ok jer. Maklumat di atas tak complete. Memang kena bayar monthly bulan-bulan selama 4 tahun (48 bulan), bergatung kpd pakej (platinum atau gold). Kalau gold dpt 7 hari stay/year di mana2 cawangan hotel mereka. Platinum 14 hari. Mereka ada 3 home-based hotel di Lumut. 1 di Kuantan. Ada private beach dan berkonsep resort. 1 di KL Jalan Pudu and hq. Recently, mereka tambah lagi optional iaitu di JB dan Genting Highland. Cuma yang paling best ialah, selepas selesai bayaran dalam tempoh 4 tahun, member akan lock free stay utk tempoh 30 tahun. Cuma maintain maintenance fee jer. Setakat ni, saya tiada nasalah dengan mereka. Servis OK. Cuma kena decide betul2 sbb it needs our monthly financial commitment.

    ReplyDelete
  7. Dah 5 tahun mesti dh abis byr monthly package kan, so far berbaloi ke tak? Senang ke nak booking allocated unit time public holiday or cuti sekolah?

    ReplyDelete
  8. Klau dh bayar ahli..bayar bulan..bkn la namanya free utk 30 tahun tu..kita dah bayar dulu..

    ReplyDelete
  9. Pernah merasa tidur di SGI CLUB di Lumut.
    Biliknya cantik, tapi belum fikir nak join membership lagi.
    ~ BCA | CA | A.M

    ReplyDelete
  10. membership tipu cakap lain bila beli buat lain pula... stress gila. buat booking kena awal. terlupa bayar habis membership bertahun tahun

    ReplyDelete