5 Sumber Makanan Kaya Kalsium - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 13 March 2015

5 Sumber Makanan Kaya Kalsium

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Risau memikirkan anak semakin membesar tetapi selera minum susu semakin berkurangan. Bermakna khasiat kalsium yang diperlukan si kecil untuk tumbesaran yang sihat dan cergas semakin kurang.



Cara yang terbaik ibu perlu pelbagaikan menu makanan anak dengan meningkatkan pengambilan yang mengandungi sumber kalsium yang tinggi bagi menggantikan pengambilan susu yang semakin berkurangan. Berikut merupakan sumber makanan yang kaya dengan kalsium.

KEKACANG


Pelbagai jenis kekacang terkenal sebagai sumber kalsium yang cukup tinggi seperti kacang soya, badam, kacang pistachio. Bahkan makanan yang dihasilan daripada kekacang ini juga mengandungi kalsium seperti tempe dan tauhu. Bagaimanapun jangan beri anak berusia lima tahun ke bawah makan kacang sendirian.


PASTA DAN BIJIRIN


Selain menghidangkan nasi, anda boleh pelbagaikan hidangan makanan berat kepada pasta atau bijirin. Selain mudah disediakan, enak dimakan ia juga berkhasiat dan tinggi sumber kalsium.


KEJU DAN YOGURT


Makanan yang dibuat daripada susu seperti keju dan yoghurt juga mengandungi tinggi kalsium. Misalnya 8 auns yogurt mengandungi 415 miligram kalsium. Sementara dalam 1.5 auns keju cheddar mengandungi kira-kira 300 miligram kalsium. Pilih jenis yang tanpa lemak untuk mengelakkan kegemukan.


SAYURAN HIJAU


Sayuran hijau sememangnya baik untuk badan kerana ia mengandungi vitamin dan kalsium terutama sayur bayam, brokoli dan sawi.


MAKANAN LAUT


Kandungan kalsium yang tinggi juga boleh diperoleh daripada makanan laut seperti salmon, sardin, kerang dan udang. Menikmati 3 auns salmon dalam sehari cukup membekalkan sebanyak 200 miligram kalsium dalam badan.




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

2 comments: