Resepi Soo Hoon Goreng - BLOG ROZIAH @ CIE

Tuesday 17 March 2015

Resepi Soo Hoon Goreng

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Last week bosan-bosan time lunch duk la surfing karangkraf.com terjumpa resepi Soo Hoon Goreng. Tengok time perut kosong semua nampak sedap kan. Hihi. Maka daku pun cargas ke mini market beli bahan-bahan. First time masak soo hoon tau.

Banyak sebenarnya masakan yang boleh menggunakan soo hoon. Masak lemak, tumis petola, kuah lontong, somtam soo hoon. Pendek kata pelbagai jenis. Ikut kreativiti kita je. Ok jom Cie kongsikan RESEPI SOO HOON GORENG yang tersangat mudah. Yang baru-baru nak belajar masak tuh boleh cuba ye.




Resepi Soo Hoon Goreng



Bahan-bahan Soo Hoon Goreng

200 gm soo hoon
1 ulas bawang putih diketuk
1/2 biji bawang besar dimayang
30 gm isi ayam dipotong kecil
1 batang sosej dipotong kecil
10 gm carrot dipotong julliene
10 gm kobis dimayang
10 gm taugeh
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sedikit kicap manis
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit daun bawang dan daun sup untuk hiasan


Cara Membuat Soo Hoon Goreng

1. Rendamkan soo hoon seketika.
2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
3. Masukkan carrot. Kacau seketika.
4. Masukkan ayam. Kacau sehingga masak.
5. Masukkan sosej, kobis bulat. Kacau seketika.
6. Masukkan semua sos. Kacau.
7. Masukkan soo hoon, taugeh dan sedikit air. Kacau rata.
8. Sedia untuk dihidangkan.

Senang tak nak buat? Senang je campak-campak siap. Boleh dihidangkan dengan cili padi potong untuk kepedasan. Next time nak try somtam pulak.

Selamat mencuba ^_^


Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

3 comments:

  1. teringin nak cuba resepi ini.. salam blowking..ada masa jemput singgah.. http://koleksiresepiemak.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. sis, rendam dengan air sejuk ke panas? :)

    ReplyDelete