Trend Baju Belang - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 25 April 2015

Trend Baju Belang

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Tak ku tahu pulak sekarang nih memang trend baju belang. Daku nih tak ikut trend pun sebenarnya main pakai je. Haha. Tak ikut pun trend semasa. Asalkan baju murah dan selesa je cukup lah.

Baju nih RM10 je tau


Masa pergi rumah my brother kat Pekan dulu terjumpa baju belang-belang kat pasar minggu situ so teruja la membeli sebab baju RM10 je sehelai. Mau tak teruja kan. Kain pun ok tak panas. So rembat 2 helai je. 2 helai seluar tidur pun belang. Hihi. Rugi pulak tak borong banyak-banyak kan. So far tak jumpa lagi kat tempat lain.

Baju belang-belang tuh lengan panjang dan baju agak labuh jugak. Sejak-sejak dah jadi ibu nih penampilan perlu lebih sopan santun gitu. Hihi. Lagipun best la pakai t-shirt macam tu. Rasa selesa je. Walaupun murah tapi selesa dipakai. Itu lebih penting. I ols nih tak biasa pakai baju mahal-mahal. Hahaaa.

Dulu-dulu ada jugak beli baju belang nih. Sesaja suka memang tak ikut trend pun. Ikut dan je. Asalkan rasa selesa.


Baju masa bujang dulu. Beli kat Reject Shop


Lepas nih kalau jumpa lagi baju belang-belang nak borong la banyak-banyak.


Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

4 comments:

  1. saya pn ada satu kaler kuning lg.. bila pakai feeling kyra lidya... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. :d parah nih fefeeling artis dah. haha. tapi macam best je pakai baju belang2 nih.

      Delete
  2. Lya pun da baju belang mcm ni bli rm10 cukup selesa kainya

    ReplyDelete