PappaRich Taman Melati - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 8 May 2015

PappaRich Taman Melati

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Ahad yang lepas singgah melawat anak saudara kat International Islamic University Malaysia (IIUM) Gombak. Sesaja jela sebab dah lama tak jumpa dia. So bawak dia pergi makan je. Tak tau nak makan kat mana. Masa lalu area Taman Melati tadi nampak PappaRich so try jela ala-ala kopitiam gitu kan. Ok la minum petang.

Sampai je sana parking banyak kosong. Biasanya mesti pusing 2 3 kali cari parking. Area situ memang banyak kedai makan. Maybe sebab cuti umum hari Isnin so ramai yang balik kampung.

Masuk je kat PappaRich pun sama lengang je. Baru lah best kan tak ramai orang. Bila dah tengok menu banyak-banyak tuh memang kesudahan tak tau nak makan apa. Asalnya nak makan roti je. Tapi tengok mee semua tuh macam menarik. Pengaruh gambar. Rasa tak tau lagi kan. Huhu.

So Cie order  Ipoh Koay Teow Soup with Chicken Slices dan Pappa White Coffee (Iced). Nama menu nih godek kat webstie. Hahaha. Daku lupa dah nama makan apa ohoi. Not bad la sebab ada udang sekali dalam tuh. Lepas tuh mereka serve dengan cili padi potong.


Ipoh Koay Teow with Chicken Slices


Husband ku order roti je. Tak sure pulak nama apa rasanya betul dah nih Roti Kulit Bakar with Peanut Sauce. Air pulak tak pasti air apa. Hahaa. Lupa pulak nak snap picture. Ihiks

Anak saudara ku order Dry Curry Mee with Steamed Chicken. Nih pun kalau tak silap. Nice jugak mereka buat menu camtu. Air dia order cendol rasanya.

Dry Curry Me with Steamed Chicken


So bil kami makan anak beranak dalam RM54.90 je plus GST dan service tax. Ok la tuh kan. Takde nak jimat bab makanan. Memang perlu makan untuk teruskan hidup.




Kat Kuala Lipis takde PappaRich. Sekali sekala ke Kuala Lumpur kena lah cari tempat makan yang best dan takde kat tempat sendiri. Hihi.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

2 comments: