Resepi Brownies Tanpa Telur - BLOG ROZIAH @ CIE

Monday 25 May 2015

Resepi Brownies Tanpa Telur

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hari nih ibu bercuti mula la datang idea nak cooking. Kalau dah memang minat bila ada masa je mesti nak masak. Tak kira apa pun asalkan masak didapur. Hihi. Actually teringin nak buat brownies nih dari tahun lepas tau. Beli bahan-bahan tapi takde masa. Mujur la expired semua 2016 so this year boleh guna lagi.




So godek-godek resepi lama. Tengok bahan ada telur. Alamak telur baru je habis. Tengok kat rumah ayah pun dah habis. Nak keluar beli macam malas. Takpela lain kali je buat. Tapi nak jugak buat. So terfikir buat tanpa telur pun boleh jugak kan. Nak try resepi guna susu cair. Susu cair pun habis last week buat ais krim dan bubur butir nangka. Aduhai kecewa lagi. Tiba-tiba terfikir susu cair tuh cecair je untuk lembabkan kek why not tukar guna cecair lain. Susu anak pun ada, Meal Shakes pun ada so settle just bancuh dengan air. Bermula lah episod membuat brownies.


Bahan-bahan Brownies

Bahan A 
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu soda bikabonat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula
Secubit garam

Bahan B
1/4 cawan minyak jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
1 cawan bancuhan susu (3 scoop susu tepung, 3 scoop Meal Shakes, 1 cawan air)

Bahan C
1/2 cawan badam cincang disangai
1/4 cawan chocolate chips


Cara Membuat Brownies

1. Ayak bahan A kecuali gula. Tak ayak pun takde masalah. Masukkan ke dalam mangkuk adunan.
2. Masukkan ke semua bahan B. Kacau rata.
3. Masukkan pula badam cincang dan chocolate chips. Kacau rata.
4. Masukkan ke dalam loyang yang sudah dialas dengan kertas minyak.
5. Ratakan dan tabur dengan badam cincang sebagai hiasan.
6. Bakar didalam ketuhar bersuhu 150°c selama 30 minit.
7. Sejukkan seketika dan potong.





Siap. Senang je nak buat. Kalau ada susu cair kat rumah tak perlu dah guna susu tepung dan Meal Shakes tuh. Boleh juga guna susu UHT. Boleh dimakan dengan ais krim atau sos coklat. Selamat mencuba ^_^



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

3 comments:

  1. Sedapnya.. tak dak telur pun still boleh yer.. nanti kalau free boleh cuba buat guna resepi yg awak share nie..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur tuh sebagai agen pelembab atau penaik je. Cecair lain dah ada so tak perlu telur dah.

      Delete