Koleksi Resepi Biskut Raya 2015 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 26 June 2015

Koleksi Resepi Biskut Raya 2015

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.


Hari ke 9 berpuasa kita cerita pasal biskut raya pulak ye. Tak sabar dah nak raya kaedahnya nih. Hahahaa. Bukan apa saja je plan awal-awal nak buat biskut atau kuih apa. Senang nanti tinggal nak beli barang je kan. Berlambak sangat dah koleksi biskut raya nih sebenarnya. Macam-macam jenis pulak tuh. So tak tau nak buat yang mana satu. Semua sedap-sedap kan. Kalau rasa malas nak buat kita makan kat rumah orang jela. Hihihi.

Untuk tahun nih pun tak tau la nak buat biskut berapa jenis, kerepek nak beli berapa jenis. Tengah difikir lagi. Selalu biskut buat sejenis 2 camtu la tengok pada keadaan kerajinan semasa. Hahaha. Kerepek biasanya beli je lebih mudah. 


Biskut Cornflakes

koleksi resepi biskut raya 2015

Biskut nih kalau sebut nama pelbagai jenis bentuk kalau di google. Macam-macam jenis cara membuat. Tapi dari dulu sampai sekarang memang biskut nih jela jadi pujaan hati sebab nak buat tuh senang dan rasa sudah pasti sedap. Resepi nih dapat masa sekolah puteri Temerloh dulu. Lepas habis sekolah terus buat. Boleh kata setiap tahun kot biskut nih. Pernah jugak jual dulu-dulu kala.



Biskut Almond London

koleksi biskut raya 2015

Yang selalu di request oleh anak-anak saudara. Kalau buat sikit-sikit tuh memang untuk mereka jela. Tak sempat nak hidang kat tetamu dah. Semua orang suka la sebab coklat kan. Kadang-kadang ada je budak-budak datang makan coklat je. Biskut tuh buang. Waaaaaa penat tau kakak buat. Hukhukhuk. Tahun nih tak pasti lagi rajin ke tak nak buat sebab leceh sikit nak buat biskut nih.


Kerepek Bawang

koleksi biskut raya 2015

My favourite kerepek. Mesti beli setiap tahun. Memang tak pernah buat pun. Hihii. Tahun nih of course beli jugak.


Kerepek Ubi Kering Pedas

koleksi biskut raya 2015

Kerepek nih pun kegemaran. Mesti wajib ada setiap tahun. Suka beli yang kering. Kalau yang basah tuh tak nikmat sangat nak makan. Tahun nih pasti beli jugak.


Biskut Tiram

koleksi biskut raya 2015

Ramai yang tak tau biskut nih actually biskut lama. Belajar buat nih dari mak. Bahan-bahan pun senang je. Masa ada mak dulu selalu buat. Sekarang dah lama tak buat. Plan nak buat tahun nih. 


Rempeyek

rempeyek kacang ikan bilis

Pernah dulu kala masa bujang buat untuk jual. Sekali tuh je buat lepas tuh malas. Hahaa. Selalu my sister yang buat then kami makan je. This year dah request siap-siap kat dia.


Korang plan nak buat biskut apa raya? Buat ke beli? Kalau buat sendiri kan lagi terasa nikmat tau dan lebih rasa suasana hari raya tuh. 



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

2 comments: