Menu Ringkas Untuk Sahur - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 17 June 2015

Menu Ringkas Untuk Sahur

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Alhamdulillah kita masih berpeluang untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bila dah berpuasa nih mesti kena bersahur kan. Zaman bujang dulu Cie tak suka bangun sahur makan sebab nanti dalam pukul 9 pagi dah lapar. Sebelum tidur makan dulu. Bangun sahur teguk air je.

Sekarang pulak shake Energizing Soy Protein Shaklee je alhamdulillah mampu bertahan sehingga berbuka. Selain memberi tenaga berkekalan. Sejak kenal Shaklee nih memang bersahurkan ESP je sebab mudah. Nasi ada la jugak makan masa sahur tapi tak selalu la.

Energizing Soy Protein biasa Cie ambil masa sahur dan Performance Drink masa berbuka


Cie nak kongsikan RESEPI RINGKAS UNTUK BERSAHUR. Pagi-pagi mesti lemau je nak masuk dapur kan so kita masak ringkas dan cepat je supaya tak terlajak waktu imsak. Hihi.

Sardin


Nih favourite all the time kot. Nak masak pun senang. Bahan pun mudah. Ikut citarasa masing-masing. Bawang putih, bawang besar, halia, jus limau nipis atau asam keping untuk elak bau hanyir. Cara masak tumis je kat dapur hingga masak. Boleh dipelbagaikan cara masak. Masak lemak, masak kari, sambal.

Ikan Bilis


Yang nih memang wajib ada waktu sahur. Pembuka selera sangat. Kalau tak kena gaya boleh bertambah nasi. Hahaha. Banyak sangat resepi boleh menggunakan ikan bilis. Ikan bilis goreng garing-garing letak bawang besar dan cili padi. Fuhhh terangkat. Masa dalam pantang dulu pernah letak sekali halia dan kunyit hidup. Fuhhh nikmat tau. Nak lain sikit tambah tempoyak dan kicap. Nak lagi lain tambah petai sekali. Terbuka selera tau.

Telur


Telur pun antara menu wajib ketika sahur. Macam-macam jugak boleh dibuat dengan telur. Nak mat salleh sikit buat omelette. Kalau selera melayu telur dadar, telur mata kerbau, telur goreng hancur. Ulang-ulang jenis resepi sampai habis puasa. Hihi. Kalau masak kari ke lemak ke muak makan awal-awal pagi nih. Better masak kering-kering je. Telur mata tuh boleh buat sambal atau tumis kicap.

Sambal Hitam


Nih kategori ikan bilis tadi tapi lain sikit la sebab yang nih boleh masak berbulan-bulan sebelum puasa. Sambal nih tahan lama. Sebelum puasa hari tuh ramai yang duk order dari kami. Gigih la buat dengan kak long. Alhamdulillah rezeki Ramadhan. Kalau u alls nak try rasa jangan segan silu contact me tau. Postage all over the world. Hihi. Sambal nih memang membangkitkan selera ketika nak sahur tuh. Boleh makan dengan pelbagai jenis hidangan. Semua boleh.

Sambal Goreng Kering



Yang nih kami tak buat. Hari tuh kawan kami bagi tester memang sedap. Pun sesuai makan dengan macam-macam. Paling win makan dengan sup ayam. Tak perlu sambal kicap dah. Makan dengan nasi goreng pum best. Apetah lagi makan dengan nasi putih memang membangkitkan selera. Silap-silap bertambah makan nasi tau. Kalau nak rasa boleh contact kawan kami nih. Dia buat sendiri tau sambal tuh. Memang sedap. Kami suka sangat. Nanti nak order lagi dengan dia. Boleh terjah facebook kawan kami nih Nurul Akma.

Kerepek Kentang Pedas


Sedap juga nih makan masa sahur. Boleh buat seminggu awal then simpan didalam bekas kedap udara. Tak payah makan dengan nasi pun takpe boleh ratah je. Ada ikan bilis dan kacang.

Menu-menu lain tuh biasa jela macam ikan goreng, ayam goreng, udang goreng. Semua yang goreng-goreng je sebab kering kan. Kalau bersup tuh kurang berselera pulak nak makan pagi-pagi kan. Tapi atas selera masing-masing. Cie mencadangkan je kot la takde idea kan puasa sebulan. Hihihi

Selamat Berpuasa :)

Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

3 comments:

  1. hehe! kite lauk telur xpon ikan masin je

    ReplyDelete
  2. pergh kalau saya makan pedas2 waktu sahur, mmg alamatnya ke bilik air je la dari pagi smpai berbuka hahaha

    ReplyDelete