Sandwich Telur Ala Subway - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 18 June 2015

Sandwich Telur Ala Subway

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Balik kerja semalam tiba-tiba terlebih rajin maka terjadilah Sandwich Telur nih setelah mendapat ilham selepas makan subway minggu lepas. Hihi. Cuma hari tu makan yang roasted chicken, yang Cie buat nih sandwich telur biasa je cuma teknik toast bread tu ala-ala la. Hihihi.


subway roasted chicken
Pinjam gambar kat Subway Malaysia


sandwich telur


Bahan-bahan Sandwich Telur

8 keping roti gardenia (boleh juga guna roti lain)
2 biji telur
8 potong timun
4 potong tomato
Sedikit salad lettuce
Sedikit mentega
Sedikit garam
Sedikit mayonis
Sedikit minyak masak
2 keping keju chesdale

Cara Membuat Sandwich Telur

1. Potong kulit roti dan sapukan sedikit mentega di atas kesemua roti. Ketepikan.
2. Pukul telur dan perasakan dengan garam.
3. Panaskan sedikit minyak dan goreng dadar. Setelah masak angkat dan potong kepada 4 bahagian.
4. Letak telur dadar tadi diatas kepingan roti, kemudian letak cheese yang telah dipotong 2.
5. Bakar seketika di dalam oven lebih kurang 3 minit atau sehingga keju chesdale cair.
6. Susun bahan-bahan lain tomato, timun dan salad lettuce di atas roti yang dibakar tadi. Letakkan sedikit mayonis.
7. Bakar bahagian roti lagi 4 keping selama lebih kurang 3 minit.
8. Kemudian tutupkan roti tersebut di atas roti tadi. Siap. Boleh dipotong mengikut citarasa.

Boleh juga digantikan dengan ayam atau bahan lain. Selamat mencuba ^_^





Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

2 comments:

  1. kita suka sandwich telur. kalo bosan, mmg melantak ni je la hehehe

    ReplyDelete