Fesyen Tudung Terkini 2015 - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 1 July 2015

Fesyen Tudung Terkini 2015

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Kaum wanita tidak akan terlepas dengan fesyen tudung terkini 2015 memandangkan trend sekarang ramai dah yang mula bertudung termasuk golongan artis. Pelbagai jenis tudung trend terkini yang berlambak dipasaran. Pelbagai jenama juga mulai muncul. Antara yang biasa kita dengar Ariani, Fareeda, Chenta Watie Scarf, Aidijuma, Neelofa dan banyak lagi la.

Tak terikut kan trend terkini. Daku takdela mengikut trend pun janji menutup aurat, sedap dipakai, harga berpatutan. Ada tudung yang dijual sehingga mencecah ratusan ringgit. Bagiku tak berbaloi nak beli tudung mahal-mahal sedangkan kita hanya nak menutup aurat je kan. So memadai la dengan hanya membeli mengikut kemampuan kita.

Imbas kembali tudung-tudung yang pernah daku pakai satu masa dulu. Hihihi. Cie pernah pakai tudung bawal, shawl, tudung jenis lycra yang sarung tuh je dan terkini Cie pakai tudung lycra dari Chenta Watie Scarf. Senang nak pakai sebab sarung je. Bila dah beranak pinak nih faham-faham jela kena tarik dengan anak lagi. Hahaha. Kalau pakai shawl kena tarik dah menjadi satu kerjaan nak kena betulkan semula.

tudung lycra
Tudung lycra. Senang je pakai sarung je. Tembam je muka. Masa nih bujang lagi. Hihi

shawl
Nih pakai shawl lycra. Best pakai jenis lycra senang nak bentuk. Waktu nih dah jadi bini orang. Haha.

Nih pun shawl jugak. Waktu tengah gila shawl. Masa nih belum kahwin belum ada anak so boleh la melaram dengan shawl.

Tudung chenta watie scarf nih fesyen tudung terkini daku. Hihi. Senang nak pakai just sarung je. Tak payah tengok cermin pun takpe.

Nih tudung bawal. Masa dulu kala memang pakai bawal nih. Sekarang dah macam-macam jenis fesyen.


Tudung untuk raya nih sesaja nak pakai shawl semula. Hahaha. Dengan harapan anak ku tak tarik la shawl ku nanti. Cie beli shawl tuh dari kawan sama-sama belajar kat Politeknik Johor Bahru dulu. Cantik shawl dia. Kalau korang berkenan nak order boleh je contact dia kat facebook Nurul Adellah. Dia buat sendiri tau shawl tuh. Boleh je request nak colour apa dan nak besar mana. Yang penting harga shawl dia sangat mampu milik. Kalau korang jenis hantu shawl pasti korang akan borong banyak-banyak.

shawl muslimah
Nih model cilik daku. Bukan main dia yang rasmi dulu.

tudung untuk si comel
Body seksi tapi pakai shawl. Haha


Tak sabar nak pakai shawl raya nanti. Tak tau la pandai pakai lagi ke tak. Dah tiga empat tahun kot tak pakai shawl. Last pakai shawl masa mengandungkan kakak pun dah stop pakai. Dalam tahun 2012 dah tak pakai. Shawl lama-lama dulu banyak sangat tapi entah ke mana. Ada bagi kat orang kot.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

4 comments:

  1. bila dah ada anak n memang susah sikit nak pakai shawl. nanti asyik ditarik-tarik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kalau anak kecil lagi memang kena tarik la jawabnya. hahaaa

      Delete
  2. Macam2 fesyen skrg...tp pakai yg old fesyen jgk sbb asal beli tudung je anak2 mengaku tu tudung dia...

    ReplyDelete