5 Tips Elak Sembelit Ibu Hamil - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 23 August 2015

5 Tips Elak Sembelit Ibu Hamil

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.


Masalah sembelit ketika hamil merupakan masalah yang biasa berlaku. Kenapa masalah sembelit ini sering berlaku kepada ibu yang hamil sedangkan ketika tidak hamil masalah ini tidak berlaku?


5 Tips Elak Sembelit Ibu Hamil


Sembelit berlaku disebabkan oleh tekanan oleh uterus ibu yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman. Sesetengah suplemen zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Masalah ini akan membuatkan ibu hamil berasa tidak selesa. Berikut dikongsikan 5 tip untuk elak dari sembelit yang merunsingkan ibu-ibu.

Buang Air Besar


Latih diri untuk membuang air besar seawal pagi. Apabila sudah membiasakan perut untuk membuang air besar setiap pagi sudah tentu tidak menjadi masalah.


Minum Air Masak Secukupnya


Pastikan minum segelas air suam sebaik bangun dari tidur supaya dapat memudahkan untuk anda membuang najis. Setiap hari wajib minum lapan gelas air masak atau dua liter untuk memudahkan proses pencernaan sekaligus membuatkan anda mudah lawas.


Makan Makanan Tinggi Serat


Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu diambil setiap kali waktu makan. Makan makanan yang tinggi kandungan serat supaya memudahkan sistem pencernaan untuk proses membuang najis yang lancar.


Bersenam


Banyakkan berjalan, berenang serta senaman ringan yang sesuai untuk ibu mengandung supaya dapat mengurangkan sembelit sekaligus membuatkan anda lebih cergas dan sihat.


Pengambilan Suplemen


Amalkan pengambilan suplemen kalsium seperti Ostematrix Shaklee. Ini kerana Ostematrix mengandungi magnesium yang membantu memudahkan rembesan sisa keluar dari perut dan usus.


Ibu hamil jangan terlalu risau jika mengalami sembelit. Ambil tindakan segera untuk mengelak dari terkena buasir. Ikuti tip ini untuk membantu masalah anda.






Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: SYAFIYAHVITASHOPPE
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

4 comments: