7 Tip Menjadi Ibu Bapa Yang Efektif - BLOG ROZIAH @ CIE

Thursday 6 August 2015

7 Tip Menjadi Ibu Bapa Yang Efektif

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Anak-anak adalah anugerah yang terindah. Amanah yang Allah berikan kepada ibu-bapa untuk mendidik anak-anak membesar supaya menjadi individu yang berperibadi mulia. Bukan suatu tugas yang mudah. Kesabaran dan ketelitian memainkan peranan yang sangat penting didalam mendidik anak-anak. Bila dah menjadi ibu nih baru ku tahu rupanya bukan mudah untuk membesar dan mendidik anak-anak.

7 tip menajdi ibu bapa yang efektif

Tuntutan terhadap kerjaya dan kos sara hidup yang semakin lama semakin meningkat membuatkan ibu-bapa semakin sukar untuk mendidik anak-anak. Ada kalanya ibu-bapa terlepas pandang didalam memberikan didikan sempurna kepada anak-anak. Ibu-bapa seharusnya tidak bersikap sambil lewa didalam mendidik anak-anak terutama didalam tempoh enam tahun pertama. Dalam tempoh ini mereka memerlukan perhatian dan belaian dari ibu-bapa.

Sebagai ibu dan bapa kita sepatutnya mengamalkan tabiat yang baik untuk menjadi ibu-bapa yang lebih efektif. 


7 TIP MENJADI IBU BAPA YANG EFEKTIF


MEMUPUK NILAI AGAMA DAN MORAL KE DALAM DIRI ANAK

Dari kecil anak-anak perlu dibentuk kerana mereka ibarat kain putih yang suci dan bersih. Kita lah yang perlu mencorakkan kain tersebut. Nilai agama dan nilai moral perlu dipupuk didalam diri anak-anak supaya mereka membesar menjadi anak-anak yang berakhlak mulia serta berbudi pekerti.


MENDISPLIN DAN BERKOMUNIKASI SECARA POSITIF SERTA MENDENGARI ANAK

Disiplin juga penting dibentuk sejak anak-anak masih kecil. Supaya dapat membantu mereka lebih bertanggungjawab dan mengajar mereka tentang erti tanggungjawab. Cara berkomunikasi sangat penting diajar kepada anak-anak supaya mereka lebih mendengar kata. Bercakap dan memberi arahan 2 perkara yang berbeza dan ibu-bapa harus tahu cara yang bersesuaian untuk menyampaikan mesej. Sebagai contoh posisi badan yang sesuai ketika bercakap dengan anak-anak, ibu-bapa perlu turunkan sedikit badan supaya boleh menata wajah dan muka anak-anak, pandang mata anak semasa bercakap, guna bahasa dan cara yang sesuai dengan tahap umur anak serta nada suara yang bersesuaian. Ini penting untuk menyampaikan mesej kepada anak-anak supaya lebih mudah difahami.



BANYAK MEMBACA DAN MEMBACAKAN BUKU KEPADA ANAK

Anak-anak akan memerhati sahaja tabiat dan perilaku ibu-bapa. Mereka akan mencontohi ibu-bapa. Jika kita mahukan anak-anak suka membaca, ibu-bapa sepatutnya terlebih dahulu tunjukkan sikap rajin membaca di depan anak-anak. Belikan buku cerita atau sebagainya dan bacakan untuk anak-anak. Lama kelamaan mereka akan mula minat untuk membaca. 


MEMBENARKAN ANAK-ANAK BERMAIN

Bermain memang sinonim dengan dunia kanak-kanak. Jangan halang mereka bermain. Biarkan sahaja mereka bermain asalkan tidak berbahaya kepada mereka. Sentiasa perhatikan ketika mereka bermain. Mereka akan lebih banyak belajar banyak perkara ketika bermain.


MENGHADKAN MASA MENONTO TELEVISYEN DAN PENGGUNAAN GAJET

Hadkan masa untuk anak-anak menonton televisyen dan menggunakan gajet. Buatkan jadual untuk mereka. Televisyen dan gajet boleh memberikan kesan buruk untuk tumbesaran dan kesihatan mereka jika digunakan secara berlebihan.

MEMUPUK BAKAT DAN HOBI ANAK

Setiap anak-anak pasti mempunyai bakat dan hobi tersendiri. Jangan halang minat dan hobi mereka selagi tidak bertentangan dengan hukum Allah atau memudaratkan. Berikan dorongan dan semangat kepada mereka supaya mereka mampu mencipta kejayaan sekiranya ibu-bapa menjadi pembakar semangat yang utama.


MERAPATKAN HUBUNGAN DENGAN ANAK MELALUI SENTUHAN DAN KASIH SAYANG

Tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak setiap masa. Melalui sentuhan dan belaian yang penuh dengan kasih sayang cukup membuatkan anak-anak membesar sebagai anak-anak yang sentiasa bersikap positif, sentiasa berpewatakan ceria dan sentiasa cerdas. Dengan cara ini hubungan kekeluargaan akan menjadi rapat sehingga ke akhir hayat dan tiada jurang antara ibu-bapa dan anak-anak.




Bukan mudah kan untuk menjadi seorang ibu-bapa yang efektif. Nampak je senang nak mendidik anak-anak tapi apabila dilakukan secara praktikal memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Semoga kita semua mampu menjadi ibu-bapa yang efektif.




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

4 comments:

  1. terima kasih di atas perkongsian ini....

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah ....banyak pahala kongsi tips...

    ReplyDelete
  3. Apa-apa pun ibu bapa yang kena bawak bertenang terlebih dahulu dan banyakkan bersabar. Then barulah segala tindakan menjadi lebih teratur dalam mendidik anak-anak.

    ReplyDelete
  4. jadi mak bapak ni mmg kalau boleh nak je buat yg terbaik utk anak2 kan.. :)

    ReplyDelete