Panduan Pemakanan Sihat Semasa Jerebu - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 15 September 2015

Panduan Pemakanan Sihat Semasa Jerebu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pemakanan Sihat Semasa Jerebu

Musim jerebu amat penting untuk kita mengambil pemakanan yang sihat untuk mempertahankan sistem imunisasi badan kita serta menjauhkan diri kita dari mendapat pelbagai penyakit yang berkaitan dengan jerebu.



Air merupakan keperluan yang sangat penting didalam kehidupan kita seharian. Badan kita memerlukan air untuk melarutkan makanana, garam mineral dan vitamin. Air juga penting untuk mengawal suhu badan, melancarkan peredaran darah, meningkatkan kadar metabolisma tubuh dan pembakaran lemak. Cuaca sekeliling yang kering dan panas semasa jerebu akan meningkatkan keperluan tubuh terhadap cecair. Ini penting bagi seimbangkan suhu badan supaya tidak meningkat. Bagi mengelak dehidrasi pastikan pengambilan cecair sehingga 8 gelas sehari atau lebih mengikut keperluan.

Bagi membantu melawan penyakit pastikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan serat. Pengambilan jus buah-buahan juga penting. Elakkan pengambilan minuman yang mengandungi banyak kafien seperti kopi, teh, minuman beralkohol yang akan menyebabkan pembuangan air kencing dengan kerap dan boleh menyebabkan dehidrasi.


Tubuh badan kita akan kehilangan haba dengan cepat dan perlu diganti semula. Pengambilan air suam sangat digalakkan berbanding minuman sejuk atau berais.

Elakkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan haus dan cepat dehidrasi seperti makanan yang terlalu masin atau mempunyai garam berlebihan seperti ikan masin, telur masin, lobak masin.

Makan pelbagai makanan mengikut keperluan tubuh badan supaya mendapat kesemua zat makanan yang diperlukan.

Bagi mengelakkan keracunan atau pencemaran makanan, pastikan semua makanan dan minuman disediakan dalam keadaan bersih, dimasak dan disimpan dalam keadaan yang sesuai sebelum digunakan atau dimakan.

Kurangkan atau elakkan aktiviti luar rumah dan elakkan merokok kerana ianya akan lebih memburukkan lagi keadaan pencemaran udara.

Sangat digalakkan untuk makan di rumah dan menyediakan sendiri makanan supaya lebih terjamin tahap kebersihan. Jika tidak dapat dielakkan dan perlu makan di luar, pilihlah tempat makan yang bertutup atau didalam bangunan dan lebih baik jika dibungkus sahaja dan makan di rumah.

Pengambilan suplemen juga penting kerana dibimbangi makanan yang kita sediakan tidak mengandungi nutrien yang lengkap. Suplemen yang dicadangkan ialah Vitamin CVitamin EOmegaNutriferon dan Performance Drink.


Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: SYAFIYAHVITASHOPPE
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

3 comments:

  1. saya cuba minum 3 liter sehari sejak jerebu ni... setakat ni alhamdullilah

    ReplyDelete
  2. Setujuuuu !!!!!! hehehe..

    sy memg suke air putihh, kalau mkn luar, konpem perencah byk, so memg amek air suam... hehehe

    ReplyDelete
  3. yu betul tu... kn minum air banyakkan kalau tak tekak rs perit jer...

    tq singgah dan komen di blog Alycia ;)

    ReplyDelete