Permainan Percuma Untuk Anak-anak - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 29 September 2015

Permainan Percuma Untuk Anak-anak

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Anak-anak kecil memang mempunyai sifat suka bermain. Tapi pernah tak rasa macam nak marah bila mereka bermain hanya sekejap sahaja dengan alat permainan yang kita baru beli. Kita punya la gigih belikan mainan kan. Kadang-kadang tuh kalau beli doll sekejap kaki patah, sekejap tangan patah. Anak-anak Cie kedua sekali memang bermain dengan ganas. Hahaha. Sekarang dah malas nak belikan lagipun mereka 2 beradik nih tak pernah pun mintak barang mainan kalau berjalan. Pernah uji kakak suruh dia ambik mainan apa dia nak. Boleh dia jawab 'ibu ambik la kakak tak tau'. Selamat duit ibu kan. Bukan apa belikan pun sebab nak dorang tuh explore something. 


Rupanya tak perlu membazir pun belikan mainan sebab barangan yang ada di sekitar rumah seperti sudu, pinggan mangkuk, periuk, botol air, bekas makanan, kotak, kotak tisu dan sebagainya boleh dijadikan mainan. Tak perlu la gigih beli set permainan memasak siap dapur bagai tuh. Yang pastinya sikit pun mak tak sentap kalau anak tak bermain permainan tuh dalam tempoh 24 jam. Hihihi. Boleh simpan semula untuk digunakan.
Permainan Percuma Untuk Anak-anak yang ibu bapa boleh berikan kepada mereka
Sumber Gambar: Google

Kakak suka main beg tangan yang dah tak pakai, selipar dalam rumah dia akan pakai. Lepas tuh main la ikut suka hati dia. Kadang-kadang dia kelek la doll upin ipin dia tuh. Lepas tuh pakai tudung yang makcik dia belikan. Berangan jadi orang dewasa. Ibu dia dulu masa kecik pun camtu jugak. No wonder la menurun kat anak-anak. Hahaha.

Adik pulak suka sangat main pinggan mangkuk, periuk belanga. Rak pinggan mangkuk rendah je so segala yang dia boleh capai semua buat main. Selalu sepahkan kat ruang tamu. Keluar la suara tarzan ibu suruh simpan semula. Hahaha.

Kadang-kadang tuh kotak kasut ke kotak makanan yang kita dah nak buang tuh pun dia boleh buat main. Mainan ikut kreativiti dia jela. Buku-buku ibu pun dia rembat buat main. Kakak dan adik bukan jenis main mainan secara cermat. Baru je beli sempat la lebih kurang 24 jam dah jahanam. Sebab tuh malas nak beli mainan. 

Anak-anak nih dorang punya daya kreativiti sangat tinggi. Apa je yang ada kat sekeliling pun dorang boleh buat main. So ibu-bapa tak perlu risau kalau anak-anak anda tak suka kan permainan. Perlu risau kalau dorang taksub sangat bermain permainan. Kalau tak belikan mengamuk siap baring-baring guling-guling. Yang camni kita perlu risau sikit. Hihihih.







Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: SYAFIYAHVITASHOPPE
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

2 comments:

  1. Kekdg ank2 lbh suka main pralatan yg da kat umah kan....mbazir je bli brg mainan tpi x d sentuh pun..thks sudi singgah blog Lya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah memang pun. kadang2 mak bapak je yang lebih2 belikan mainan :)

      Delete