Tragedi Kren Jatuh Di Mekah - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 12 September 2015

Tragedi Kren Jatuh Di Mekah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Malam tadi pukul 1 pagi sambil layan kakak tak tidur lagi main handphone duk scroll facebook. Sekali tertengok facebook friend share page berita tentang kejadian kren jatuh kat Mekah. Berderau terus darah. Terus call ayah. Alhamdulillah dapat. Ayah tengah tunggu azan Isyak. Lega rasa. Ayah kata takde pulak dengar kejadian tuh maybe jauh dari tempat ayah.

Ada kawan-kawan whatsapp share tentang berita tuh. Rupanya ada jemaah haji Malaysia yang terlibat. Ada yang cedera dan ada yang masih belum ditemui. Jemaah dari negara lain ada yang meninggal. Besar dugaan Allah buat mereka. Semoga mereka terus tabah menghadapi dugaan ini dan dapat meneruskan ibadah haji hingga selesai.

Semoga ayah dan jemaah haji yang lain dipermudahkan segala urusan dan mendapat haji mabrur. Walaupun ayah kata ayah selamat tapi hati tetap tak tenang memikirkan keadaan kat sana. Semoga ayah dilindugi. Simpati kat jemaah haji yang cedera. Semoga cepat sembuh.

Ujian Allah datang dengan pelbagai cara, tak kira masa, tak kira tempat, tak kira siapa. Sebagai umat Islam kita hanya mampu berdoa supaya kita dapat menghadapi ujian yang diberikan kepada kita.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan jemaah haji di Mekah.

Kren jatuh di mekah. Jemaah Malaysia terlibat
Sumber: Official Page Tabung Haji


Kren jatuh di mekah melibatkan jemaah haji Malaysia
Sumber: Official Page Tabung Haji

2 comments: