10 Cara Bijak Nikmati Makanan Sihat - BLOG ROZIAH @ CIE

Monday 19 October 2015

10 Cara Bijak Nikmati Makanan Sihat

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Ramai yang beranggapan bahawa makanan yang sihat semuanya mahal belaka. Anda silap!! Hakikat sebenarnya masih ada makanan sihat yang murah dan kita mampu membelinya. So bukan alasan lagi untuk anda tidak memakan makanan sihat. Cie kongsikan cara bijak untuk anda nikmati makanan sihat tanpa mengeluarkan belanja yang besar.

10 CARA BIJAK MENIKMATI MAKANAN SIHAT

cara untuk anda nikmati makanan sihat tanpa mengeluarkan belanja yang besar
Sumber: google

Tanam Dirumah

Pastikan anda meluangkan masa untuk menanam sayuran sendiri. Selain menjimatkan anda juga dapat mengisi masa lapang dengan hobi baru yang boleh menjamu mata anda dengan persekitaran yang hijau dan sihat. Anda juga dapat mengawal penggunaan racun perosak yang kurang elok untuk kesihatan.

Diet Rendah Kalori

Amalkan memakan makanan yang mempunyai kandungan kalori yang rendah supaya dapat mencegah dari penyakit diabetes dan obesiti. Lebihkan sayur-sayur dan buah-buahan didalam menu harian anda. 

Masak Lebih Banyak

Jika anda tidak sempat untuk memasak disebabkan oleh aktiviti yang terlalu padat, anda boleh memasak makanan dengan kuantiti yang banyak dan bekukan. Anda hanya perlu panaskan jika hendak makan.

Makan Dirumah

Nikmati masakan sendiri dirumah lebih baik dibandingkan dengan makan di kedai kerana jika anda memasak sendiri makanan dirumah lebih terjamin tahap kebersihan dan keselamatan makanan. Jika anda seorang yang bekerjaya terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk memasak, anda boleh sediakan bahan-bahan untuk memasak dan simpan didalam peti. Anda juga boleh membeli alat memasak yang lebih mudah sepeti pemanggang.

Bawa Snek

Hidangan sihat bukan sahaja boleh dinikmati dirumah sahaja bahkan ketika anda keluar membeli belah juga anda boleh makan snek sihat. Ini membantu anda daripada terliur melihat makanan tidak sihat yang banyak dijual diluar.

Potongan Harga

Kebiasaannya pasaray seringkali menjalankan promosi potongan harga untuk produk yang rendah kualiti. Pastikan anda tidak mudah terpedaya. Belilah produk yang berkualiti, boleh disimpan lama dan digunakan dengan optimum.

Beli Makanan Segar

Bagi menjimatkan wang dan untuk mengekalkan tahap kesihatan, anda boleh menggunakan wang dengan membeli buah-buahan segar, sayur-sayuran segar, susu rendah melak dan bijirin. Elakkan membeli makanan yang diproses dalam bungkusan kerana menagndungi kandungan lemak yang tinggi.

Pilih Sumber Protein

Pastikan didalam senarai menu anda terdapat pilihan makanan dari sumber protein seperti ayam, ikan, telur, susu, kekacang, bijirin, beras merah yang teramat penting untuk mendapatkan gizi yang seimbang. Anda boleh mempelbagaikan hidangan setiap hari supaya tidak membosankan.

Beli Dalam Jumlah Yang Banyak

Anda boleh membeli bahan makanan yang sihat untuk stok seminggu dan simpan ditempat yang sesuai supaya tahan lebih lama.

Rancang Menu Mingguan

Rancang menu harian anda supaya dapat mengelakkan dari pembaziran. Senaraikan perbelanjaan yang lengkap supaya anda tidak menghabiskan banyak duit dengan membeli bahan makanan yang tidak sihat dan menambahkan kalori anda.



Mudah je kan kalau nak jaga kesihatan. Yang penting kita perlu merancang setiap apa yang kita hendak buat dan beli.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: SYAFIYAHVITASHOPPE
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE








2 comments:

  1. Info yang baik...
    Bab nak tanam sayur kat rumha 2 agak susah sikit..
    Hangat2 tahi ayam..last2 boleh wak baja..
    Hangat2 kita nie jadi semak samun la..


    AM nak ajak..

    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM

    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

    HOT ITEM..
    LeoRa For Men
    LeoRa For Women

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete