18 Jenis Makanan Hapuskan Kolesterol - BLOG ROZIAH @ CIE

Thursday 22 October 2015

18 Jenis Makanan Hapuskan Kolesterol

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Pelbagai jenis makanan yang wujud sekarang ini banyak mendedahkan kita kepada penyakit yang berisiko tinggi. Antara penyakit yang paling popular dan merupakan kegilaan ramai orang disebabkan makanan ialah penyakit jantung yang berpunca dari masalah paras kolesterol yang terlalu tinggi dalam badan.

Bagi mengawal paras kolesterol kita perlu mengamalkan gaya pemakanan sihat sepanjang masa. Tetapi ianya bukan semudah yang disangka. Banyak pengaruh yang kuat terutama pengaruh media sosial yang menjadi trend untuk berkongsi resepi masakan dan tempat-tempat yang menyediakan makanan sedap. Kita pun akan kalah dengan nafsu makan.

Serangan jantung berpunca daripada paras kolesterol LDL (lipoprotein ketumpatan rendah) yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL (lipoproetin ketumpatan tinggi). Bagi mengelakkan perkara buruk berlaku kepada kita, ada baiknya kita berhati-hati didalam memilih makanan dan amalkan mencegah sebelum merawat. Ada beberapa jenis makanan yang membantu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Boleh la mencuba.


makanan turunkan paras kolesterol
sumber: google



Kacang Soya

Mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian yang boleh mengelakkan diri daripada penyakit jantung dan kencing manis. Boleh juga mengambil protein soya dari Energizing Soy Protein yang mengandungi sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting.

Kuaci

Kuaci memang sedap jika dimakan ketika menonton televisyen. Berita baik bahawa kuaci mengandungi zat besi. Amalkan memakan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambahkan zat besi dan mengurangkan paras kolesterol.

Buah-buahan Kering

Antara buah-buahan kering yang mengandungi flavanoid dan kaya dengan serat ialah buah kurma. Ia mampu untuk menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung.


Epal

Amalkan memakan buah epal hijau setiap hari atau jadikan ia sebagai jus dan minum setiap hari. Ia mampu mengurangkan kolesterol dalam badan. Ada kajian membuktikan dengan memakan sebiji epal atau minum jusnya selepas makan makanan segera dapat mengimbangkan kandungan zat serta mencegah daripada pembentukan lemak dalam badan.


Ikan Tuna 

Sumber utama asid lemak omega-3 dapat melindungi badan daripada peningkatan kadar kolesterol LDL.


Kacang Tanah

Kacang tanah yang dipanggang menagndungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Vitamin E dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL serta mengelakkan daripada serangan jantung.


Mangga

Antara buah yang kaya dengan vitamin C mampu mencegah LDL dalam badan.


Kismis

Amalkan diet 400 kalori kismis setiap hari untuk membantu badan menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8%. Ini kerana sebatian yang terkandung didalam kismis mampu menurunkan paras kolesterol.


Jambu Batu

Jambu batu disyorkan diambil dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama sebulan. Ia berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8%.


Tomato

Tomato berupaya menurunkan kolesterol jahat dalam badan. Dicadangkan untuk minum 2 gelas jus tomato setiap hari untuk hasil yang terbaik.


Buah Delima

Kelebihan buah delima ialah mengurangkan pertumbuhan plak kolesterol dan dalam masa yang sama meningkatkan produksi oksida nitrat. Plak pada arteri dapat dikurangkan.


Aprikot

Aprikot merupakan buah yang dapat meningkatkan kadar kolesterol yang baik iaitu HDL dalam badan.


Bawang Putih

Bawang putih berupaya menurunkan kadar kolesterol jahat dalam badan. Lebihkan bawang putih didalam masakan harian anda.


Sayur Bayam

Antara sayuran berdaun hijau yang kaya dengan khasiat. Mengandungi banyak zat yang amat penting bagi kesihatan jantung dan mampu melindungi jantung daripada lemak pada pembuluh darah.

Teh

Diperkaya dengan kandungan antioksidan yang dapat memberikan rasa tenang terutama pada pembuluh darah. Mengandungi antioksidan seperti flavonoid yang boleh mencegah oksidasi yang menyebabkan penimbunan kolesterol jahat dalam pembuluh darah.

Coklat

Pilih coklat hitam yang memiliki rasa pahit yang mengandungi antioksidan dan flavonoid yang sememangnya berfungis untuk mengurangkan kolesterol jahat. Coklat baik untuk kesihatan jantung.

Omega Guard

Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred famaseutikal membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.


Phytocol-ST

Phytocol-ST adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari yang disarankan 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). Fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal untuk merendahkan paras LDL kolesterol. Dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolesterol didalam tubuh.


Sayangi jantung anda. Hapuskan kolesterol. Amalakan gaya hidup sihat.


Kredit: Majalah Pa&Ma



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: SYAFIYAHVITASHOPPE
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

5 comments: