Collaborate With Zalora Malaysia - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 7 October 2015

Collaborate With Zalora Malaysia

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Bulan lepas tiba-tiba dapat emel dari pihak Zalora Malaysia untuk bekerjasama dengan mereka. Pada mulanya agak terkejut jugak kan tiba-tiba dapat emel macam tuh. Fikir punya fikir baru la balas emel tuh bersetuju untuk bekerjasama dengan mereka. Ingatkan dapat la syer komisen Zalora. Hahaha.

Collaborate With Zalora Malaysia


collaborate with zalora malaysia
Emel dari pihak zalora

Selepas je reply bersetuju tuh pihak Zalora hantar 1 article untuk Cie update didalam blog Cie. Selepas dah publish entry tersebut pihak Zalora akan berikan cash voucher bernilai RM100. Siapa taknak kan. Gigih la ahkak nih update entry pasal article yang mereka bagi tuh. Ayat dah ada cuma copy paste je. Kalau nak edit ayat sendiri pun boleh tapi kena hantar draft terlebih dahulu. Ahkak nih dah malas nak edit lagi sebab ayat yang mereka bagi tuh pun dah lengkap. Kena buat article berkenaan dengan Koleksi Kasut Nike Air Max Online. So bila dah settle tuh just emel link entry yang kita dah buat tuh. Nanti mereka akan reply nombor voucher kepada kita. So lepas tuh boleh la shopping.


collaborate with zalora malaysia
Cash Voucher Code

Hari nih terus cergas reedem cash voucher yang akan expired pada 31 Disember nih. So dah settle guna voucher tuh. Naik juling mata nak cari item yang ngam-ngam RM100 tapi tak berjaya. Lebih sikit RM8.90 je kena bayar sendiri. Kalau boleh taknak keluar duit langsung. Hahaha. Ok la tuh tak sampai RM10 kena tambah. So tunggu barang sampai jela. Nanti Cie update lagi apa barang yang Cie beli guna cash voucher tuh. Hihihi.

8 comments:

  1. kita pon dpt gak...cpt zalora hntr brg.hr ni redeem esok dh dpt dh.nti nk update gak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah cepat. semalam redeem, hari nih dah dapat. terbaik (h)

      Delete
  2. As salam..

    BW kat sini..Masa awal tahun dulu pernah dpt offer dri Zalora...Lepas dah dapat voucher tu jenuh cari item yang ngam2 tapi tak de..kalau boleh mmg tak nak tambah duit tpi kena jugak tambah sikit..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah biar kena tambah asalkan jangan kurang dah rugi :-d

      Delete