Kulat Susu - BLOG ROZIAH @ CIE

Thursday 8 October 2015

Kulat Susu

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Last week Rania diserang kulat susu. Mula-mula tak tau kena apa. Whatsapp kat kakak yang nurse tuh dia suruh bawak ke klinik. So malam tuh terus la bawak ke klinik. Doktor kata kena kulat susu. Risau jugak kan nampak putih je kat dalam mulut. Tapi menyusu dan makan semua ok takde masalah pun sebab tuh tak perasan. Doktor kata jangan risau sebab tak bahaya nanti doktor bagi ubat je.



Mak mana tak risau kan, Dalam mulut pulak tuh. Sehari sebelum kejadian tuh dah terperasan masa buatkan susu tengah malam. Kita pun mamai masa tuh tak perasan la ada putih-putih tuh dalam mulut. Keesokannya masa balik kerja petang Kak Long cakap ada putih-putih dalam mulut. Cuak jugak la masa tuh. 

Actually jangkitan kulat kat mulut nih dipanggil thrush. Biasanya dialami oleh bayi kecil. Ia akan menggangu bayi ketika menyusu atau makan tetapi ianya tidak sakit. Anak ibu dah setahun 7 bulan pun kena jangkitan nih. Tapi alhamdulillah la tak dijangkiti terlalu lama. Si Rania nih suka sangat kalau dapat apa-apa kat lantai cepat je dia masuk mulut. Lagi pulak dia memang suka hisap jari. So maybe kat jari ada bakteria terus masuk mulut.

Doktor bagi 2 jenis ubat. Satu jenis kena minum, satu jenis lagi kena sapu. Alhamdulillah takdir Allah cepat sangat sembuh letak ubat tuh. Tuh pun bagi dia minum selepas balik klinik. Esoknya bekalkan kat rumah pengasuh tapi si kakak Raisha kat Wan ubat tuh untuk selsema Nia. Wan pun pelik la Nia tak selsema pun so tak bagi la makan. Petang ibu balik baru beri minum dan sapu. Lusa tuh dah ok takde dah nampak putih-putih. Ubat sapu tuh tak tau rasa apa sebab bila sapu je mesti dia menangis lepas tuh mintak air.

Anak dah sembuh pun ibu dah bersyukur sangat. Harap-harap takkan berulang lagi la. Kakak Raisha dulu tak pernah pun kena kulat susu nih tuh yang ibu tak tau. So ibu-bapa kalau ada anak terkena camni cepat-cepat bawa ke klinik.

Ubat minum


Krim sapu

Bayaran jumpa doktot dan 2 jenis ubat nih RM33 je. Murah ke mahal tak pasti pulak. Huhu. Tapi memang cepat sembuh.

2 comments:

  1. hr tu pon Aqil kena kulat susu ni gak...igtkn susu yg dia minum melekat biasa2 ja rupanya kulat susu

    ReplyDelete