Maal Hijrah 1437 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 14 October 2015

Maal Hijrah 1437

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Salam Maal Hijrah 1437

Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menyambut tahun baru 1437 Hijrah. Besar pengertian hijrah sebenarnya. Hijrah dari pelbagai cara. Adakah kita sudah berhijrah dari yang buruk kepada yang lebih baik??





Awal Muharram atau lebih difahami dengan Maal Hijrah merupakan satu hari yang penting bagi umat Islam kerana membuktikan peristiwa penting telah berlaku pada hari tersebut dimana dalam sejarah Islam hari memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Tanggal 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah peristiwa bersejarah itu berlaku. Namun begitu Tahun Hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Begitulah peristiwa Maal Hijrah sebenarnya. Setiap tahun umat Islam akan menyambut sambutan Maal Hijrah dengan pelbagai tema. Tahun nih tema Maal Hijrah ialah "PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA".

Semoga kita dapat mulakan Hijrah kita ke arah yang lebih baik sempena tahun baru Maal Hijrah ini. Tinggalkan sesuatu yang melalaikan kita.

Salam Maal Hijrah 1437.






1 comment: