5 Petua Sembuhkan Luka Bersalin - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 5 November 2015

5 Petua Sembuhkan Luka Bersalin

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Anak pertama bersalin secara pembedahan so cuma rasa sakit dibahagian perut sahaja. Anak kedua memang seksa sebab luka besar. Tak pandai nak meneran so nurse terpaksa gunting sikit. Nak duduk memang seksa jiwa raga. Rasa macam lebih baik bersalin pembedahan je. Rasa tak selesa bila nak menyusukan bayi. Just makan Zinc Complex Shaklee dan Vitamin C Shaklee je proses penyembuhan luka dengan cepat. Tak tau pun sebenarnya ada petua dari nenek moyang sejak berzaman. Yela orang dulu mana ada suplemen dan ubat semua nih kan.


Petua Sembuhkan Luka Bersalin


cara sembuhkan luka bersalin normal
sumber: google



Kita boleh amalkan petua nih kalau nak cuba cara tradisional. Ianya dipercayai dapat membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat jika diamalkan.


Daun Jambu Batu

Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Setelah ia suam, gunakan air tersebut untuk mencuci bahagian sulit. Lakukan dua hingga tiga kali sehari sehingga luka sembuh.

Ikan Haruan

Potong dan cuci sehingga bersih. Rebus bersama halia, sedikit lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama dengan nasi. Boleh juga dimasak sup, singgang, pindang dan asam rebus.

Gamat

Rebus gamat dengan air yang banyak sehingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya ataukan sapukan pada tempat yang luka.

Biji Manjakani

Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas atau suam, minum air rebusan tersebut. Untuk kesan terbaik amalkan setiap hari.

Daun Pegaga

Rebuskan daun pegaga dan minum setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam dan makan bersama nasi. Boleh dimakan bersama garam dan lada hitam yang dikisar halus.


Semoga memberi manfaat kepada ibu-ibu yang bakal bersalin. Kalau nak dapatkan Set Bersalin Shaklee boleh hubungi Cie ye.




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: roziahmuhammadnor
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)



Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

3 comments:

  1. terima kasih perkongsian ini..bermanfaat sangat :)

    ReplyDelete
  2. Aiyakk..rasa ngilu bila bc bab luka bersalin nih..

    ReplyDelete
  3. dah tak larat nk imagine bab2 luka ni, of course dah tk kena jait dh skrg ni hahaha
    dah M pun

    ReplyDelete