Resepi Kek Sunquick Topping Coklat - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 11 November 2015

Resepi Kek Sunquick Topping Coklat

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Cuti Deepavali takde aktiviti dan plan ke mana maka terjadilah kek sunquick dan topping coklat nih. Best jugak rasanya. Guna je Resepi Kek Coklat Dan Topping Coklat cuma tukar sikit je bahan. So lepas nih boleh olah jadi cheese cake pulak la. Hihihi.




Resepi Kek Coklat dan Topping


Bahan-bahan Kek

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 sudu teh baking soda
1 sudu kecil garam
1/3 cawan minyak jagung
1/8 cawan sunquick (perisa apa-apa je - Cie guna perisa mangga campuran)
1 cawan air

Cara Membuat:

1. Kacau semua bahan hingga sebati.
2. Sapukan loyang dengan marjerin/tepung supaya tidak melekat.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180°c selama 30 minit (bergantung kepada jenis oven)


Resepi Topping Coklat

Bahan-bahan Topping

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar minyak jagung
1/3 cawan susu segar

Cara Membuat:

1. Masak ke semua bahan ini sehingga sebati. Tutupkan api.
2. Apabila kek telah masak, curahkan topping ke atas kek dan sedia dihidangkan.

1 comment: