Wanita Bekerjaya VS Surirumah - BLOG ROZIAH @ CIE

Friday 22 January 2016

Wanita Bekerjaya VS Surirumah

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Ada yang kata untung jadi wanita bekerjaya. Ada pulak yang kata untung la jadi surirumah. Eemmmm. Untung ke rugi ek. Hihi. Sebenarnya wanita bekerjaya dan surirumah ni mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Wanita Bekerjaya

Jadi wanita bekerjaya ni memang sangat memerlukan kesabaran yang tinggi, kekuatan mental dan fizikal. Lagi-lagi kalau uruskan anak-anak sendirian. Suami tinggal berjauhan. Walaupun kadang-kadang hilang sabar dengan kerenah anak-anak. Seawal pagi lebih kurang 5.30 pagi dah mula bangun. Uruskan segala macam urusan anak-anak. Masak breakfast, siapkan anak nak ke sekolah dan rumah pengasuh, bersiap nak ke tempat kerja. Hantar anak ke rumah pengasuh dan sekolah. Tengahari nanti ambil anak dari sekolah hantar ke rumah pengasuh. Petang balik kerja ambil anak pulak dari rumah pengasuh. Balik rumah sambung buat kerja rumah pulak. Basuh baju, sidai baju, lipat baju, memasak, mengemas rumah, menyapu sampah, mengemop lantai dan macam-macam lagi la. Memang takde masa la nak baring-baring ke golek-golek atas katil ke memang tak merasa la. Baru nak baring anak-anak dah merengek nak susu la nak kencing la nak makan la. Tidur paling awal 11.00 malam. Tu pun kalau dah mengantuk sangat-sangat dah. Begitulah rutin seharian.





Surirumah

Surirumah walaupun sibuk uruskan rumahtangga sahaja tapi masa tu banyak dan kita boleh gunakan dan pandai-pandai uruskan masa. Takde terikat dengan waktu kerja. Bangun pagi untuk siapkan breakfast anak. Siapakan anak nak ke sekolah, hantar anak sekolah. Balik rumah sambung buat kerja rumah. Membasuh baju, menyidai baju, melipat baju, menyapu sampah, mengemop lantai, mengemas rumah, memasak dan banyak lagi. Tengahari ambil anak sekolah. Balik rumah bagi makan anak, tidurkan anak mak boleh join sekali. Selebihnya banyak masa sendiri. Ajar anak membaca dan menulis. Petang dah boleh rest dan boleh sediakan minum petang. Malam sediakan makan malam.


Begitulah perbezaan wanita bekerjaya dan surirumah. Bersyukur la siapa pun anda. Anda bertuah jika bekerjaya sebab boleh gunakan duit sendiri untuk bebelanja cuma anda kurang masa bersama anak. Anda bertuah menjadi surirumah sebab masa bersama keluarga anda terlalu banyak cuma anda perlu mengharapkan duit dari suami tapi kalau anda lakukan bisnes dari rumah anda mampu mempunyai pendapatan sendiri. Seronok jadi surirumah ni. Bila lah daku nak merasa menjadi surirumah yang bekerja dari rumah. Insyaallah satu hari nanti pasti.

2 comments:

  1. Setuju,,tapi ramai surirumah merungut,cakap kerja mereka lebih penat.yang penting,pandai manage kerja & masa sebab kita yang corakkan masa kita.
    Pada saya,surirumah yang kebanyakan merungut tu dia lebih kepada stress & bosan.sebab tu merungut.cuba kalau uruskan rumah, dapat 1k sebulan,senyum manjang,,

    ReplyDelete
  2. setuju. wanita bekerjaya ni lagi penat dr surirumah sbnrnya. bila bekerja otak dan badan penat serentak. jadi surirumah ni badan je penat. Actually saya dah merasa kedua-duanya, skrg da fully housewife, mmg ada ms utk diri sendiri, dulu x de ms nak blogging skrg da aktif semula.

    -salam dari new readers- JEMPUT jenguk blog saya http://diariashmira.blogspot.my/

    ReplyDelete