Makaroni Bebola Daging Bakar - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 24 July 2016

Makaroni Bebola Daging Bakar

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Breakfast untuk hujung minggu ni Makaroni Bebola Daging Bakar. Tiba-tiba je rasa nak makan. Gigih hari Jumaat pergi beli bebola daging. Yang best satu loyang licin. Anak-anak memang suka makan pasta. Suami yang tak minat makanan barat pun boleh terjebak. Hihi.

Resepi Makaroni Bebola Daging Bakar



2 biji bawang putih cincang
1/2 biji bawang besar cincang
1/2 batang carrot
4 biji cendawan butang
Sedikit bunga kobis (agak-agak jela nak letak banyak mana)
Sedikit mozzarella cheese
2 keping chesdale cheese (tak letak pun takpe)
2 tin sos carbonara cendawan prego (boleh guna brand lain)

*boleh juga letak brokoli, cili benggala


300 gm makaroni direbus
15 biji bebola daging direbus
Sedikit isi ayam cincang
Sedikit marjerin / mentega / minyak zaitun / minyak jagung / minyak masak (Ce guna marjerin je)


Cairkan marjerin dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sshingga naik bau.


Masukkan isi ayam dan kacau hingga masak.


Masukkan bunga kobis dan carrot. Kacau lagi seketika.


Masukkan cendawan butang dan teruskan kacau.


Masukkan sos prego. Letak sedikit air supaya tak pekat sangat. Biarkan mendidih seketika.


Masukkan bebola daging. Kacau seketika.


Carik chesdale cheese dan masukkan ke dalam sos carbonara. Kacau sebati sehingga cheese cair.


Masukkan makaroni. Kacau hingga sebati. Ok siap. Tutup api.


Masukkan ke dalam loyang.


Taburkan keju mozzarella. Bakar pada suhu 180°c selama lebih kurang 10-15 minit. Agak-agak jela bila cheese dah cair dan agak kekuningan maknanya masak la tu.


Lebih kurang macam ni bila dah masak.


Creamy dan cheezy sangat. Sedap sangat ni. Selamat mencuba!!


Rasa macam nak buat je lagi. I memang suka yang berkeju ni. Hihi. Lepas makan mesti kena detoks. Kalau tak membiak la lemak degil.

6 comments:

  1. Nampak sedap dan mudah aje...thanks share ye...nanti dh x bz boleh buat

    ReplyDelete
  2. Sedap nyer... Senang plak tu... Nak try lah nnt... Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran by Hani RahmanTerima kasih...

    ReplyDelete
  3. Waa nampak sedap. Nanti nak try buat lah :D

    ReplyDelete