Annual Dinner UDS 2016 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 8 September 2016

Annual Dinner UDS 2016

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga menganjurkan Annual Dinner Unit Dietetik dan Sajian, Hospital Kuala Lipis bagi tahun 2016 di Lipis Centrepoint Hotel pada 3 September 2016.

Dengan persetujuan bersama kami sepakat memilih tema merah hitam putih supaya senang semua nak cari baju dinner mengikut tema. So dinner akan datang kita pilih tema lain pulak. Cantik je semua berpakaian merah hitam putih.

antara staf Unit Dietetik & Sajian dan keluarga. laki i je taknak bergambar

family potrait konon-konon la ni tapi i sorang je yang menyengih
Menu dinner kita ala bbq iaitu nasi goreng cina, ayam bbq, nugget, sosej, buah, pelbagai jenis sos dan air oren yang disediakan oleh pihak hotel Lipis Centrepoint. Sate tempah dari kedai lain, nasi impit staf yang rebus. Candy buffet pun sediakan sendiri. Banyak sangat makanan tak habis so pihak hotel suruh bungkus je bawak balik. Masing-masing excited sangat tu yang tak ada selera nak makan.

Kita ada buat jugak cabutan bertuah tapi semua pun dapat hadiah tu. Hadiah pun takde la mewah sangat biasa-biasa je. Dinner akan datang kita cari hadiah yang grand sikit kan.

Banyak sangat gambar malas nak upload kat sini. Upload kat facebook je nanti tahun depan keluar la kat memory. Insyaallah tahun depan kita buat lagi. Ramai dah request nak lagi tahun depan.

1 comment: