6 Tips Mudah Uruskan Rumah Bagi Ibu Bekerjaya - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 17 November 2016

6 Tips Mudah Uruskan Rumah Bagi Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Ramai diantara ibu bekerjaya yang sukar menguruskan rumahtangga. Bukan mudah tau nak uruskan rumahtangga jika bekerja. Kena bahagikan masa dengan sebaiknya apabila berada di rumah. Yela mana nak uruskan anak-anak, baju nak kena basuh, baju nak kena sidai, nak kena masak, kemas dapur, kemas rumah dan macam-macam lagi la kan.

tips mudah uruskan rumahtangga bagi ibu bekerjaya

Menjadi seorang ibu bekerjaya ni memerlukan kita untuk bergerak dengan pantas untuk menguruskan diri sendiri, rumahtangga dan keluarga. Perlu sentiasa berfikiran kreatif untuk mengendalikan tugas harian dirumah dengan lebih cekap dan efisien supaya semua dapat diselesaikan dengan sebaiknya tanpa mengabaikan anak-anak.

Zaman sekarang ni wanita sangat berdikari. Siang bekerja, malam uruskan rumahtangga dan berniaga secara dalam talian pula. Memang sangat perlu pandai membahagikan masa dengan sebaiknya. Balik je dari kerja terus menyinsing lengan memasak untuk keluarga. Dalam masa yang sama memberikan perhatian kepada anak-anak. Kalau anak masih menyusu susu ibu, ibu susukan anak dengan pelbagai kerenah si kecil tidak mahu berenggang dengan ibu.

Ibu harus pandai menyusun keperluan yang hendak digunakan untuk tugas rutin harian seperti memasak, mengemas, mencuci pakaian dan sebagainya lagi. Berikut ada beberapa contoh tip mudah dan pantas untuk uruskan rumahtangga dengan sebaiknya bagi ibu bekerjaya.


1. SIAPKAN BAHAN ASAS MEMASAK

Yang ni paling mudah dilakukan ketika hujung minggu atau ketika anda bercuti. Ambil sedikit masa untuk sediakan bahan asas memasak seperti bawang, cili kisar, ikan, ayam, udang, sotong dan lain-lain. Sayur juga boleh dipotong dan diletakkan didalam bekas. Selepas dipotong jangan dibasuh. Bila nak masak nanti baru basuh. Begitu juga dengan bahan basah terus bersihkan siap-siap sebelum disimpan. Untuk lebih mudah pekkan mengikut jenis dan kuantiti yang ingin dimasak. Bawang boleh dibuang kulit dan disimpan didalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama. 

Siapkan juga jenis menu yang hendak dimasak sepanjang tempoh anda bekerja supaya lebih mudah untuk pekkan mengikut jenis-jenis menu tersebut.


2. MENYEDIAKAN PES MASAKAN

Kaedah ini sangat menjimatkan masa memasak didapur. Ibu boleh menyediakan pes masakan seperti pes cili, pes kari, pes tomam dan sebagainya. Pes tersebut boleh dipelbagaikan untuk memasak lauk, pasta, mee dan sebagainya. Masa memasak akan menjadi lebih jimat apabila menggunakan pes masakan yang kita telah sediakan lebih awal.


3. MENCUCI PINGGAN MANGKUK

Selepas memasak sudah pasti kita perlu mencuci peralatan yang kita telah gunakan semasa memasak. Jangan tunggu selepas makan baru hendak mencuci ke semua peralatan yang telah digunakan. Sebaiknya sementara menunggu makanan dimasak atau ditumis ambil peluang tersebut untuk mencuci sedikit demi sedikit kesemua peralatan. Secara tak langsung boleh menjimatkan masa anda.


4. MEMBASUH DAN MENYIDAI PAKAIAN

Pastikan pakaian dibasuh sekurang-kurangnya 2 hari sekali atau jika terlalu banyak basuh lah setiap hari supaya ketika hujung minggu tidak perlu lagi untuk membasuh pakaian dengan banyak. Kebanyakkan dari kita semua mempunyai kemudahan mesin basuh dirumah bahkan mungkin ada juga pengering. Jadi jangan bertangguh untuk mencuci pakaian anda.


5. USAH TANGGUH MELIPAT PAKAIAN

Tugas melipat pakaian memang paling tidak digemari oleh kebanyakkan ibu. Bukan sahaja ibu bekerjaya malah surirumah pun kurang menggemari. Untuk menjimatkan masa anda, sebaik sahaja pakaian diangkat jangan bertangguh untuk melipatnya. Jangan tunggu sehingga menjadi 'gunung'.

Jika ibu sudah mempunyai anak yang besar, boleh mula melatih mereka untuk melipat pakaian. Mungkin lipatan mereka agak kurang kemas tetapi percayalah latihan awal akan membuatkan mereka lebih ringan tulang untuk membantu kita.


6. MENGGOSOK PAKAIAN


Bagi menjimatkan masa, peruntukan sedikit masa ketika hujung minggu untuk menggosok pakaian anda, suami dan anak-anak yang bersekolah untuk kegunaan sepanjang tempoh bekerja. Ianya lebih menjimatkan masa anda.


Dengan perancangan yang lebih cekap, anda boleh menjimatkan lebih banyak masa dan boleh meluangkan masa untuk anak-anak ketika waktu malam.




1 comment:

  1. kalau tak siap barang2 mmg jawabnya kekedai makan lah jawabnya :D

    ReplyDelete