4 Khasiat Buah Delima - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 23 September 2017

4 Khasiat Buah Delima

BUAH DELIMA KAYA ANTIOKSIDAN | KHASIAT BUAH DELIMA

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

2 bulan majalah RASA dihentikan pengeluaran. Patut la merata kedai cari tak ada. Baru ni kebetulan lalu kedai majalah saja singgah eh ada pulak keluaran Oktober. Terus jela beli. Belek punya belek terjumpa khasiat buah delima.



Buah delima ni antara makanan kegemaran Rasulullah SAW. Buah delima kaya dengan pelbagai khasiat dan menjadi penawar ikhtiar kepada beberapa jenis penyakit. Kebaikan buah delima juga untuk kesihatan dan kecantikan. So lepas ni boleh la amalkan makan buah delima.

Buah delima diperkaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang membantu dalam menghasilkan kulit yang cantik. Sumber asid folat dan antioksidan pada buah delima dapat mrangsang, membuang toksik dan meningkatkan kecantikan kulit secara semulajadi.

Ada juga kajian menunjukkan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

KHASIAT BUAH DELIMA

1. MELAMBATKAN PROSES PENUAAN



 Pemakanan buah delima boleh menggalakkan dari hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, kedutan dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak pada cahaya matahari.

2. MERAWAT MASALAH PADA WAJAH



Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan pembentukkan serum dan mengawal pembentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.

3. MENYEMBUHKAN ANEMIA



Buah delima terbukti mampu merawat penyakit sel darah merah atau anemia. Nutrisinya mempunyai kadar zat besi yang tinggi yang mampu meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah serta merangsang pembiakan sel darah merah.

4. BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN



Buah delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleh membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.

Amalkan makan buah delima atau minum jus delima asli setiap hari untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya. Pastikan tiada tambahan gula, pengawet, penstabil, pewarna dan perasa tiruan. Pilih buah delima yang berat dan berkulit bersih. Jangan pilih yang sudah merekah. Buah delima tahan sehingga 6 bulan jika disimpan didalam peti sejuk.

1 comment: