6 Cara Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 28 July 2018

6 Cara Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

6 CARA HILANGKAN BAU DURIAN DALAM KERETA


Rezeki tahun ni musim durian sangat menjadi. Disebabkan itu juga harga durian pun turun. Kalau bandingkan dengan tahun lepas durian kampung sekilo RM15-RM20. Tapi tahun ini disebabkan terlalu banyak maka harga durian serendah RM1 sekilo.

Oleh kerana terlalu murah ni memang ramai la ambil kesempatan memborong durian untuk dimakan atau pun dijadikan tempoyak. Bila dah borong dengan banyak memang akan menjadi masalah kereta akan berbau durian. Bau durian memang kuat dan tak boleh nak sorok. Nak hilangkan bau memang ambil masa yang lama juga.

So Cie nak kongsikan 5 Cara Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta semoga bermanfaat kepada anda semua.

BUNGKUS DALAM KOTAK DAN SURATKHABAR

Pastikan anda masukkan durian ke dalam kotak dan tutupkan dengan kertas suratkhabar yang banyak. Balut durian dengan kertas suratkhabar dan tutup juga dengan kertas suratkhabar dipermukaan kotak sebelum kotak ditutup. Kaedah ini dapat mengurangkan kadar pembebasan bau durian didalam kereta.

TUKAR SETTING AIR-COND

Kaedah ini paling mudah dan berkesan. Tukar setting air-cond kereta anda kepada pengudaraan bebas. Angin ang disedut akan terus keluar dari kereta. Jangan gunakan aliran dalam kerana bau tersebut akan terperangkap didalam kereta dan takkan lepas keluar.

ARANG

Kaedah ini biasa digunakan oleh ramai orang kerana ianya juga agak berkesan untuk hilangkan bau. Ambil arang dan letak didalam bonet kereta anda. Jangan letak seketul arang yang besar pulak ye. Pecahkan kepada ketulan kecil dan letak berselerak didalam bonet. Fungsi arang ni sebenarnya dapat menyerap bau.

BAKING SODA

Kebiasaan baking soda kita guna untuk membuat kek atau biskut. Untuk pengetahuan anda, baking soda juga boleh hilangkan bau durian dalam kereta. Anda hanya perlu letakkan baking soda didalam bekas terbuka dan letak didalam bonet kereta anda.

SERBUK KOPI

Kalau anda perasan kedai yang menjual perfume akan menyediakan serbuk kopi untuk kita hidu sebelum kita menghidu bau perfume yang berbeza. Ianya berfungsi untuk meneutralkan bau tersebut. So boleh la cuba kaedah ini untuk hilangkan bau durian dalam kereta. Letakkan serbuk kopi didalam bekas terbuka dan letakkan didalam bonet kereta anda.

KEPINGAN ROTI

Kaedah ini boleh juga digunakan untuk hilangkan bau durian didalam kereta. Caranya mudah sahaja. Letakkan beberapa keping roti didalam bonet anda. Roti akan menyerap bau durian tersebut.

Mudah sahaja kaedah yang Cie kongsikan ni. So diharap ianya dapat membantu anda untuk hilangkan bau durian dalam kereta.

3 comments:

  1. kepingan roti tu baru tuk saya... nice sharing... leh cuba

    ReplyDelete
  2. tip yang amat praktikal dan sangat bagus untuk dicuba..

    cuma saya belum lagi makan durian nie...

    nunggu durian runtuh dulu la

    ReplyDelete