Buka Jahitan Pembedahan Kecil Gigi Geraham Bongsu - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 11 August 2018

Buka Jahitan Pembedahan Kecil Gigi Geraham Bongsu

BUKA JAHITAN - MINOR OPERATION GIGI GERAHAM BONGSU



9 Ogos 2018 genap la seminggu Cie menjalani pembedahan kecil gigi geraham bongsu. Ceritanya di sini -> PENGALAMAN PEMBEDAHAN KECIL GIGI GERAHAM BONGSU. So 9 Ogos baru ni Cie kena hadir appointment untuk membuka benang jahitan dan pemeriksaan oleh dentist.

Seriau jugak sebenarnya sebab masih segar diingatan saat pembedahan hari tu. Memang kalau ikutkan serik dah rasanya. Sebelum dentist sedia nak menjalankan operasi membuka benang sempat la tanya kat nurse sama ada sakit ke tak nak buka benang tu. Katanya doktor gunting sikit je takde rasa apa. Siap tanya kat nurse tu ada bius ke tak. Hahaha punya la fobia dengan bius ni. Nurse kata takde bius.

Dentist pun dah ready. Sebelum mula tu dia tanya ada sakit lagi ke then dia suruh kita bagi skala 10 sakit sangat, 0 tak sakit. Cie pun bagi la 3 sebab memang masih sakit cuma trend semakin berkurang la. On dan off je ada masa sakit, ada masa tak. Cerita juga kat dentist sakit kat pipi.

Dentist terangkan kenapa masih sakit. Katanya masa operate gigi geraham hari tu ada melibatkan tulang so memang akan ambil masa nak sembuh sepenuhnya. Sakit tu memang akan rasa cuma akan semakin berkurang la lama-lama nanti.

Dentist pun mula check dalam mulut then dia kata semua ok, tak ada sisa makanan kat tempat operate, bersih je. So dentist kata nak buka benang jahitan dan nak cuci sikit dengan normal saline.

Mana tak bersih gigih tau Cie makan kunyah sebelah gigi je sebab takut sisa makanan termasuk ke dalam lubang tempat operate tu. Lagi bahaya menyebabkan infection dan akan bertambah sakit.

Mula-mula dentist akan buka benang jahitan. Dia gunting sikit then tarik. Masa tarik tu ada la rasa sikit tapi tak sakit pun. Ada 3 tempat jahitan. Lepas tu dia mula cuci dengan normal saline tadi. Dia guna syringe dan pancutkan dalam mulut kita, nurse akan sedut guna suction (taktau nama apa). Lepas tu siap. Dia suruh kita kumur sikit.

Dentist pesan suruh gosok gigi perlahan-lahan dekat kawasan operate tu. Kalau tak pesan memang gosok perlahan pun takut punya pasal.

Ada juga tanya dentist lubang tu ambil masa berapa lama akan tertutup sendiri. Katanya biasa sebulan akan tutup sepenuhnya. Dia kata ni pun dah mengecil. Agak cepat juga baru seminggu dah mengecil. Rasanya ni hasil dari makan suplemen yang mempercepatkan proses menghasilkan sel baru.

Yang sakit pipi tu bahagian tulang rahang macam rasa krem ada masa tu. Dentist kata tu effect masa operate hari tu menganga terlalu lama. Mana tak lama hampir sejam lebih nak cabut gigi. Memang lama la nganga mulut.

So 2 minggu lagi akan ada 1 appointment lagi untuk pemeriksaan. Rupanya selepas operate takkan terus fully recover. Ambil masa juga nak sembuh sepenuhnya. So suplemen tak boleh skip la ambil.



Syukur atas nikmat ujian kesakitan ini yang banyak mengajar ku erti kesabaran dalam hidup, erti menghargai makanan semasa sihat dan macam-macam lagi la. Kita akan menjadi alpa jika tidak diuji. Apabila diuji barulah kita mula menyedari kekuasaan Allah.

Sebab tu masa sihat tak perlu control makan. Makan je apa yang kita rasa nak makan. Bila sakit semua makanan kena pantang. 4 hari Cie makan bubur nasi. Bosannya taktau nak kata sebab kita biasa makan nasi.

Doakan Cie cepat sembuh ye.

4 comments:

  1. Ya allah wak, kita tgh hadapi situasi yang sama ni... patut arini kena buka benang jahitan tu tapi macam seriau nak pegi klinik sebab gusi ni masih rasa bengkak dan berdenyut2... pastu dengan bibir mulut yang terkoyak sket masa cabut aritu, baru je baik luka nya. Seriau ... agak2 klu x buka bennag ni apa jadi eh? hahaha fobia gila nak jumpa dentist lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti juga kalau tak buka benang apa jadi.

      Delete
  2. sis ,sy tengah alami sekarang tp ni daa masuk hari ke 7 alhamdulillah tiada apa² yg teruk berlaku cuma allah je yg tahu camne rasa sakit lepas ubat bius tu habis huhuhu serikk la jugakk tp ni ada sebelah lagi nk kena buang mybe tunggu tahun depan ke or cane sy x tahu huwahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually sy dah buang keduanya sekali. Tahun 2018 sebelah kanan dan 2024 sebelah kiri.

      Delete