Hotel Putra KL - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 6 January 2019

Hotel Putra KL

HOTEL PUTRA | KL

Bulan 12 tahun lepas kami attend majlis kenduri kahwin kawan sekolah kat dewan bersebelahan Hospital Pusrawi dan Hotel Putra ni pulak bersebelahan dengan Hospital Pusrawi tu so husband decide stay sini je senang nak attend kenduri tu. Kebetulan pulak kami memang nak shopping kat KL so sekali jalan jela.

hotel putra kl
ni kat lobi masa nak check out
hotel putra kl
kami ambil 2 katil queen memang selesa la untuk kami 4 beranak harga pun tak mahal

hotel putra kl
ada kerusi untuk lepak

tv old school lagi kat sini

dilengkapi dengan coffee and tea making facilities

ada shower saja, bath tub tak ada

bathroom lengkap dengan toiletries

telefon pun ada tapi extension tak disediakan. yang sebelah telefon tu agak menarik panel control untuk tv, lampu dan banyak lagi semua tekan kat situ je. Dapat kat 2 beradik tu asyik menekan jela jakun punya pasal

ada mini fridge, ada iron board tapi iron kena request baru mereka hantar

restoran untuk breakfast

menu wajib ambil kalau check in hotel

best juga kue teow ni pekena dengan sambal bawang dan cili potong kicap

bihun sup

menyelit la juga gambar masa mula-mula sampai. nak selfie sorang tapi si anak dara kecik ni nakjugak

kakak breakfast coco crunch

adik pun breakfast coco crunch juga 

pantang nampak ibu pegang handphone

kami nak check out day

Overall ok juga Hotel Putra KL ni. Berdekatan dengan Hospital Pusrawi dan Institut Jantung Negara (KL). So biasanya mereka yang ada urusan di hospital ni akan stay sini. Kemudahan pun ok cuma biasa la hotel lama so semua kemudahan pun agak lama.

Iron pun hari tu dapat yang rosak. Tengah iron baju tiba-tiba black out. Terkejut juga masa tu tak pernah pun lagi kalau check in mana-mana hotel sampai black out rupanya iron tu dah rosak. Terus panggil maintenance untuk check memang cepat la mereka respond. 

Makanan kat situ ada pelbagai Cie tak sempat nak ambil gambar buffet breakfast mereka tapi memang banyak pilihan. Ada roti, bubur nasi, nasi lemak, kuey teow goreng, sosej, pengat ubi kayu, bihun sup, coco crunch, buah-buahan dan banyak lagi yang cie dah lupa.

Harga pun berpatutan juga. Dapat 2 katil queen memang selesa la kami 4 beranak nak tidur. 

Senang je nak cari hotel ni betul-betul bersebelahan dengan Hospital Pusrawi dan berdepan dengan IJN.

Alamatnya:
Jalan Tun Razak,KL
03-2688 1888
www.hotelputrakl.com


2 comments:

  1. a ah laaa tv depa sangat klasik lagi.. tv kotak hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la susah dah nak jumpa hotel tv camni kan :)

      Delete