Resepi Roti Pizza Sosej - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 3 February 2019

Resepi Roti Pizza Sosej

RESEPI ROTI PIZZA SOSEJ MUDAH

ROTI PIZZA SOSEJ

Roti yang dah hampir nak expired jangan dibuang nanti membazir. So boleh cuba buat pelbagai resepi antaranya roti pizza sosej, roti gulung, roti telur, puding roti, cucur roti dan banyak lagi la. So kali ni Cie nak share resepi mudah untuk buat roti pizza sosej.


Bahan-bahan Roti Pizza Sosej

Roti - dipotong kulit keras
Sosej - dihiris nipis
Cendawan butang - dihiris nipis
Bawang besar - dipotong bulat
Mozzarella cheese - disagat
Sos cili
Sos tomato

Cara Membuat Roti Pizza Sosej

1. Potong roti bahagian tepi dan susun dalam dulang pembakar


 2. Sapukan sos cili dan sos tomato sehingga rata


 3. Susun sosej mengikut citarasa

 4. Susunkan cendawan butang mengikut citarasa

 5. Susun bawang besar jika suka. Kalau tak suka bawang tak perlu letak

 6. Taburkan cheese di atas sekali

Sedia untuk dibakar. Cie cuma agak-agak suhu dan masa membakar. Suhu dalam 150c. Mula-mula Cie guna api atas bawah dalam 5 minit. Lagi 5 minit Cie guna api atas sahaja. Boleh juga tengok cheese kalau dah air so boleh la keluarkan.

Kena makan waktu panas baru best cheese masih cair.

10 comments: