Tukar Bateri Iphone Di Ipro Ampang - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 4 October 2020

Tukar Bateri Iphone Di Ipro Ampang

 TUKAR BATERI IPHONE 8 PLUS DI IPRO AMPANG

Tukar Bateri Iphone Di Ipro Ampang
Pada bulan Ogos hari tu Cie ke Ampang untuk menukar bateri Iphone 8 Plus Cie kerana dah kurang dari 85%. Kalau tak silap waktu tu dala 82-83% macam tu je. Lupa nak screenshoot. Dan waktu tu jugak kat bahagian battery health tu ada tertera service. Memang kalau guna cepat je habis bateri. Memang kerap kena charge. Lagi-lagi kalau bisnes online banyak guna handphone.

Masa google tu memang ramai suggest untuk tukar i Ipro. Ada beberapa branch yang kita boleh pergi la. Masa tengok review tu kat Shah Alam dan Cie cuba google rupanya Ipro punya branch ada juga di Ampang. Sebelum pergi tu Cie cuba survey area Lipis jugak kot ada. Ada tapi bukan bateri yang ori dan warranty pun tiada. 

So Cie decide untuk ke Ipro Ampang dan sambil ke KL untuk shopping. Dah alang-alang sampai KL kan. Sejak PKP memang dah lama tak turun KL. Maka pada 15 Ogos 2020 kami turun ke KL balik hari jela. Pagi gerak, petang balik.

Ipro Ampang
Ipro Ampang ni terletak di kawasan perumahan.Kiranya barisan shop lot di tingkat atas.Korang akan nampak signboard Ipro dan ada pintu untuk naik ke atas


Tukar Bateri Iphone Di Ipro Ampang
Sampai je atas korang kena buka kasut tau. Masuk je then kena ambil suhu dan scan code. Nanti staf Ipro akan tanya apa tujuan korang datang


Tukar Bateri Iphone Di Ipro Ampang
Macam-macam service mereka sediakan untuk repair handphone, tukar bateri, jual aksesori handphone dan banyak lagi la


Tukar Bateri Iphone Di Ipro Ampang
Sementara nak tunggu handphone korang siap tu mereka ada sediakan air free je boleh ambil. Cie tak ambil pun memang bawak air sendiri je


Tukar Bateri Iphone Di Ipro Ampang
Selfie la kejap sementara tunggu handphone siap dalam 30 minit. Tak sedar je masa berlalu


Tukar Bateri Iphone Di Ipro Ampang
Ok dah siap tukar bateri back to 100% kapasiti semula

So  kalau korang nak tukar bateri iphone boleh la datang ke sana harga sangat berpatutan. Macam untuk iphone 8 plus hanya rm230 untuk bateri original iphone dan ada warranty selama setahun. Ada jugak bateri brand lain harga murah sikit dan warranty lebih lama. Cie pilih untuk guna bateri original iphone.

Sebelum pergi tu korang boleh jugak tanya berapa harga supaya nanti korang boleh standby duit untuk bayar. Korang boleh tengok kat website mereka IPRO AMPANG atau korang boleh tengok kat bawah ni Cie share alamat dan no handphone mereka.

ALAMAT IPRO:

8, 1ST FLOOR, JALAN 1/67B OFF, JALAN MENGKUDU, DESA PAHLAWAN, 55000 AMPANG JAYA, KL.

NO. HANDPHONE: 014-500 0085




2 comments:

  1. yeay dah 100%. Sy punya sekarang 70% memang kena tukar tapi biarlah dulu. Malas betul nak keluar musim covid sekarang ni.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok ke dah 70% tu dasyat betul? Cie hari tu sebab teruk sangat baru charge dah habis.

      Delete