Pengalaman Terima Suntikan Vaksin Pfizer - Covid 19 - BLOG ROZIAH @ CIE

Friday 28 May 2021

Pengalaman Terima Suntikan Vaksin Pfizer - Covid 19

 PFIZER-BIONTECH

Pengalaman Terima Suntikan Vaksin Pfizer - Covid 19

Alhamdulillah Cie dah complete 2 dos suntikan Pfizer-BioNtech pada 6 Mei betul-betul seminggu sebelum raya. Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana Cie dapat suntikan Pfizer ni. Sebenarnya Cie adalah salah seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan kami layak mendapatkan suntikan untuk batch yang pertama.

Mula-mula seram jugak nak cucuk bila macam-macam cerita kita dengar kan. Lama-lama bila fikir-fikir balik positif saja la maybe ini yang terbaik untuk kita bantu negara tingkatkan 'herd immunity'. Kalau kita tak tolong siapa lagi nak tolong kan?

Tips Macam Mana Nak Positif Buat Keputusan Nak Suntik Vaksin

  1. Kita perlu dapatkan info yang lengkap tentang vaksin dari sumber yang sahih dan dari mereka yang pakar. Bukan dengar dari media sosial terlalu ramai bukan pakar yang bercakap.
  2. Siapkan diri kita dari segi mental dan fizikal pastikan hati kita betul-betul yakin untuk dapatkan suntikan dan pastikan mental kita berada dalam keadaan tenang.
  3. Mohon doa banyak-banyak jika ini yang terbaik untuk kita mohon Allah mudahkan.
Ni jela tips dari Cie takdela apa pun. So pilihan di tangan masing-masing. Kalau rasa perlu boleh teruskan dan kalau rasa taknak tak perlu hasut orang lain untuk ikut keputusan kita. 

Kesan Selepas Suntikan Dos Pertama Vaksin Pfizer

Cie mula terima suntikan yang pertama pada 15 April 2021. Mula-mula rasa takut jugak sebab Cie ada Needle Phobia sejak dulu. Takut pengsan ke apa kan. Tapi doa jela banyak-banyak semoga Allah permudahkan semuanya. Alhamdulillah takde rasa apa pun tau-tau je Nurse kata siap. 15 minit pertama tu kena rehat dulu. Mula-mula saja rasa kebas kat bibir dan takde apa kesan yang pelik sepanjang 15 minit tu dan selepas itu Cie dah boleh sambung kerja macam biasa.

Pengalaman Terima Suntikan Vaksin Pfizer - Covid 19


Balik rumah pun masih ok takde apa rasa siap pergi Marry Brown lagi beli hidangan untuk berbuka. Bila waktu malam je dah mula rasa lenguh tangan. Ni biasa Cie rasa kalau lepas apa-apa inject (selalu 3 tahun sekali ambil suntikan untuk thypoid)

Pengalaman Terima Suntikan Vaksin Pfizer - Covid 19

Malam tu ok je tidur dengan nyenyak je macam biasa. Keesokan tu rasa nak baring je nak buat apa pun malas. Baring dan tidur je sepanjang hari. Cuma bangun untuk mandi dan solat je. Selebihnya memang baring je sambil main handphone berbisnes di hujung jari. Hahaha. Sepanjang weekend tu memang masak pun boleh jadi malas. 

Sebelum suntik tu ramai suruh makan panadol. Cie memang tak makan ubat. So Cie just makan VITAMIN C, NUTRIFERON, VIVIX, RESV ni jela yang Cie konsisten makan setiap hari. Maybe disebabkan ini jugak Cie tak kena demam.

Selesai debaran suntikan pertama Vaksin Pfizer-BioNtech dos pertama. So next dos kedua pada 6 Mei 2021. 



Pengalaman Terima Suntikan Vaksin Pfizer - Covid 19


Kesan Selepas Suntikan Dos Kedua Vaksin Pfizer

Dos kedua ni kebanyakkan orang memang akan dapat effect yang sangat kuat seperti demam, sakit seluruh badan dan sebagainya. Cie pun dah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Konsisten saja makan suplemen.

Masa Nurse cucuk dos kedua vaksin pfizer ni ada rasa sakit sikit. Macam semut gigit. Bila tanya kawan cucuk sekali pun dia kata sakit sikit dari yang pertama. Seperti suntikan dos pertama kena juga rehat dalam 15 minit. Tapi masa tu tak rehat pun. Lepas ambil gambar terus balik office sambung buat kerja macam biasa. Takut jugak pengsan ke apa dah la masa tu puasa kan.

Balik rumah macam biasa la boleh masak menu berbuka. Bila dah malam rasa seram sejuk. Nak kata demam suhu tak panas pun. Just baring jela berehat. Tempat cucuk mula rasa sakit dan lama kelamaan terus bengkak dan rasa keras je. Tapi bila angkat ok je tak lenguh atau sakit. Sepanjang weekend memang berehat dan baring jela sepanjang hari. Takde mood nak buat apa. Demam takde pun cuma tu jela sekejap rasa sejuk, sekejap rasa panas. Sekejap berselimut tak nampak muka. Hahahaha. Dan ada jugak rasa sakit seluruh badan. Sampai kena urut la dengan husband dan anak-anak. Hihi. Time ni la nak bermanja kan.




Alhamdulillah selesai dah 2 dos suntikan Vaksin Pfizer-BioNtech bagi membantu negara capai 'herd immunity'. Semoga usaha kecil ini dapat membantu. Walaupun dah complete suntikan tetap kena follow SOP yang kerajaan dah tetapkan.

Suntikan Vaksin ni bukan la bermakna kita takkan boleh dijangkiti virus tapi bila kita dah cucuk walaupun kita +ve kita akan dapat gejala ringan sahaja tidak seperti mereka yang tidak menerima suntikan. Mereka yang tidak menerima suntikan mungkin akan dapat kesan lebih teruk melibatkan peringkat yang lebih serius.

Sama jugak macam ikhtiar kuatkan imun dengan makan suplemen. Bukan la menghalang daripada virus tapi kita cuba kuatkan imun kita dan kalau +ve pun gejala akan ringan dan lebih mudah untuk sembuh.

Segala SOP kita tetap perlu patuhi. Jaga jarak jika kunjungi tempat ramai orang, pakai mask dengan betul, cuci tangan dengan bersih. Perkara asas ni perlu disiplinkan diri untuk patuh. InsyaAllah semoga dengan usaha kecil kita ini dapat melindungi diri kita dan orang sekeliling.

Disclaimer: kesan bagi setiap individu berbeza bergantung kepada ketahanan badan masing-masing dan cerita ini merupakan pengalaman Cie sendiri dan tidak melibatkan sesiapa.

5 comments:

  1. Tahniah Cie, dah lengkap 2 dos. Mudah-mudahan kita cepat dapat capai herd immunity tu. Stay safe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. semoga semuanya akan berakhir.

      Delete
  2. Wah.. dh complete.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah , semoga terlindung daripada musibah covid19

    ReplyDelete
  4. Salam, mcm mana rasa skrg? Ada apa2 yang tak kena ke? Sbb sedara saya lpas beberapa bulan tiba2 masuk ijn masalah jantung. Sebelum ni elok sihat je. Takde apa2 masalah.

    ReplyDelete