Total Pageviews Capai 1 Juta - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 17 September 2021

Total Pageviews Capai 1 Juta

 TOTAL PAGEVIEWS CAPAI 1 JUTA | BLOG ROZIAHMUHAMMADNOR.COM

Total Pageviews Capai 1 Juta

Alhamdulillah hari ni buka blog tengok TOTAL PAGEVIEWS dah capai 1 juta rupanya. Dari bulan lepas duk menunggu. Hari-hari tengok. Sejak minggu lepas busy sikit tak sempat nak tengok dan memang terlupa pun. Ingatkan nak capture waktu mula-mula capai 1 juta tu. Tak kesampaian. Hari ni buka dah capai TOTAL PAGEVIEWS 1,001,258. Dah terlebih 1,258 but its ok.

Total Pageviews Capai 1 Juta
Dulu Cie gunakan blog title lain Luv Is In The Air

Agak lambat jugak nak capai sebab ada masa berbulan jugak tak update apa-apa entry. Buka pun jarang-jarang je. Pendek kata tak aktif sangat la walaupun mula menulis blog ni dah lama. Bila dah capai 1 juta ni macam rasa nak lebih rajin pulak update entry. Hihihi.

Permulaan Cie mula masuk ke dunia blogging ni tahun 2009. Masa tu sesaja suka update entry travel ke mana-mana dan pasal life je. Banyak merepek jela ceritanya. Blog address pun merepek jugak. Hahaha. Masa muda memang la kan lagipun tak pandai sangat lagi. First time berblog la katakan. Lepas tu dah lupa emel dan password so tak boleh buka. Terkubur macam tu jela.

2 tahun berlalu. Tahun 2011 mula berblog semula dan create new blog address iaitu demokluv.blogspot.com. Ni pun sama la just cerita tentang life, kisah kahwin, pasal anak, pasal resepi, tips, info. Itu jela yang banyak share pun. 

Total Pageviews Capai 1 Juta



Entry pertama waktu Cie share tentang lapor diri kerja kerajaan masa tahun 2008 1dec2008 kiranya Cie publish backdated la nak jadikan kenangan punya pasal. Disebabkan blog lama tu dah terkubur. Kalau baca semula kelakar pun ada. Hahaha. Masa ni takde ilmu sangat pasal blog. Tulis blog pun nak share tentang life saja.

Total Pageviews Capai 1 Juta

Semua permulaan entry ni adalah backdated publish je. Kalau ikut sebenar Cie buat semula blog ni Jun 2021. Bulan Cie bertunang dengan suami. Memang merepek betul la cara penulisan dulu-dulu. Sekarang dah banyak impoved dari pembelajaran.

Tahun 2012 mula buat Shaklee dan mula entry share tentang produk Shaklee. Masa ni memang mula dah aktif berblog bila ada masa terluang. Entry pertama tentang Vita-Lea produk yang Cie makan waktu dalam pantang.

Total Pageviews Capai 1 Juta

Tahun 2012 ni dah tukar blog address guna nama anak pulak syafiyahluv.blogspot.com. Tapak yang sama cuma tukar address sahaja. Masa ni baru tau istilah blogwalking, nak cantikkan blog dengan theme dan banyak lagi la belajar dari google je. Bila google tentang blog memang ramai blogger share. Cie pulak sejenis suka explore dan belajar melalui google je.

2 tahun berlalu bermula tahun 2014 Cie ada join seminar anjuran upline Cie. Dalam seminar tu ada topik berkenaan blog. Kami belajar cara untuk beli domain supaya nampak blogger yang profesional la. Kalau domain ni berbayar la ada sewa tahunan. So invest jela kan takdela mahal mana. Bawah RM50 renew untuk setahun. Berbaloi la jugak. Asalnya Cie masih guna domain name www.syafiyahluv.com.

Beberapa tahun berlalu Cie ada join kelas dari super upline. Katanya kalau nak bina branding long term kena guna branding name yang sama untuk semua platform. Maka Cie pun memilih untuk menggunakan domain name www.roziahmuhammadnor.com. Roziah Muhammad Nor ni Cie gunakan untuk semua social media Cie. 

Banyak blog ni membantu Cie terutama tentang bisnes Shaklee. Bila teranking di Google First Page lebih ramai la orang akan nampak blog kita perkongsian tentang bisnes. Pengedar Shaklee memang ramai menggunakan platform blog untuk berkongsi manfaat produk dan manfaat perniagaan Shaklee.

Total Pageviews Capai 1 Juta
Antara entry yang paling ramai viewer cecah sampai 30-40k


Total Pageviews Capai 1 Juta

Cie pernah juga berkolabrasi dengan zalora.com.my masa tu terkejut jugak la tiba-tiba pihak Zalora emel Cie berminat untuk kolabrasi. Cie cuma kena siapkan entry yang mereka dah sediakan semua dan tugas Cie hanya perlu copy paste di entry dan publish. Selepas tu mereka berikan voucher untuk Cie shopping di Zalora. Pernah 2 kali berkolabrasi bersama mereka.

2. Koleksi Emporio Armani Sunglasses untuk Wanita tahun 2016

Antara pengalaman lain berblog ni ramai betul whatsapp Cie nak beli itu la ini la. Sedangkan Cie hanya review saja makanan atau tempat yang Cie pergi. Kebanyakkan maybe tak baca entry dan hanya tengok tajuk sahaja. Orang Malaysia memang malas nak membaca. Hihihi. Ada jugak yang rajin membaca. Cie share pengalaman cabut gigi ada yang whatsapp Cie bertanyakan tentang pengalaman tu. Kalau macam ni ok la kan dia memang baca entry kita.

Total Pageviews Capai 1 Juta
Ni dia jumpa entry Cie share resepi jeruk asam boi terus dia ingatkan Cie jual padahal terang-terang share resepi. Hihi


Total Pageviews Capai 1 Juta
Adik ni bagus sangat polite. Dia bertanyakan pengalam pembedahan gigi geraham Cie. Dia memang baca entry tu.


Total Pageviews Capai 1 Juta
Tiba-tiba donut pulak dah. Tak sure ni maybe Cie pernah share resepi donut atau Cie share tempat Cie makan atau beli donut


Total Pageviews Capai 1 Juta
Cie pernah share tips buat bawang goreng terus la orang pm nak beli bawang goreng. Hahahah


Total Pageviews Capai 1 Juta
Entry Cie share berkenaan handphone oppo. Dulu pakai oppo terus la orang ingat Cie jual


Total Pageviews Capai 1 Juta
Ni pun taktau mana datang tiba-tiba je. Maybe Cie ada share kedai nasi kerabu kot.


Total Pageviews Capai 1 Juta
Entry ni Cie share review Cie pergi rumah terbalik kat Bentong. Pun sama mereka tak baca habis terus ingatkan Cie owner


Total Pageviews Capai 1 Juta
Ni pun sama la Cie share review Cie stay kat Adena terus la ingatkan Cie owner


Total Pageviews Capai 1 Juta
Ni pulak Cie share entry kedai makan di Dungun kalau tak silap


Total Pageviews Capai 1 Juta
Memang jelas ambil dari blog ni. Kat blog je ada link whatsapp ni. Dah sah-sah Shaklee tu boleh pulak tanya pati haruan. Ayoyoyo


Begini la macam-macam ragam pembaca kan tapi setakat ni belum jumpa haters atau orang yang hentam posting Cie. Harapnya takdela sebab Cie just berkongsi dan kalau tak suka boleh la skip je jangan baca. 

Cie memang akan share kalau perkhidmatan / makanan / tempat tu bagus. Bukan review berbayar pun. Just review ikhlas je. Ada sekali tu Cie pernah jugak share review Kedai Cermin Mata. Tiba-tiba owner kedai tu private message Cie di Facebook. Katanya nak bagi voucher kat Cie. Cie pun macam pelik la kenapa kan. Rupanya dia kata dia jumpa review Cie kat blog.

Total Pageviews Capai 1 Juta


Banyak la lagi pengalaman berblog ni sejak 2011 sehingga la 2021. Kalau nak diceritakan tak cukup 1 entry. Banyak yang Cie belajar tentang blog. Ramai yang Cie jumpa kawan-kawan blogger. Walaupun Cie bukan la buat blog untuk serius dan bukan la melabelkan diri Cie sebagai blogger. Cukup la sekadar blog Cie ni memberi manfaat kepada orang yang membaca.

Entry Cie semuanya tentang life,bisnes Shaklee, produk Shaklee, resepi, travel, tips, info dan macam-macam lagi la memang Cie campurkan semuanya dalam 1 blog yang Cie dah bangunkan sejak 2011. Semoga ianya berterusan sampai selagi ada umur.

Terima kasih kepada anda yang sudi membaca blog Cie walaupun sebenarnya blog ni biasa-biasa saja tapi sekurang-kurangnya dengan perkongsian kecil ini dapat memberi manfaat kepada orang lain. Semoga terus sudi membaca blog Cie.

Salam Sayang Dari Cie / Roziah Muhammad Nor





7 comments:

  1. Alhamdulillah. Tahniahhhh. Tak apa pelan2 kayuh. Semoga terus maju jayaa

    ReplyDelete
  2. Tahniah!!Syu belum cecah lagi.Maklumlah, baru start berjinak2 balik dalam dunia blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :). InsyaAllah capai jugak tu nanti.

      Delete
  3. tahniah.
    semoga terus blogging tau.
    sama2 kongsi. sama2 baca.

    ReplyDelete