Resepi Dan Cara Buat Popis | Popia Pisang - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 28 July 2022

Resepi Dan Cara Buat Popis | Popia Pisang

 POPIS | POPIA PISANG

Resepi Dan Cara Buat Popis


Popis atau Popia Pisang ni lama dah viral. Selalu kalau nak makan beli je. Tapi disebabkan susah nak cari kat Lipis. Ada jual cuma selalu la tutup time nak beli. Buat jela sendiri senang je pun nak buat. Kalau buat sendiri lebih puas nak makan. Anak-anak memang suka makan Popis ni.

Oleh kerana anak-anak request nak makan Popis ni maka ibu pun buat la beli bahan-bahan dan buat sendiri.

RESEPI DAN CARA BUAT POPIS

BAHAN-BAHAN POPIS

Kulit Popia
Pisang
Coklat Sirap
Milo
Nestum
Minyak Masak

CARA BUAT POPIS

  1. Belah 2 pisang
  2. Gulung pisang dalam kulit popia sama macam kita buat Popia Sayur tu
  3. Goreng dengan minyak banyak sampai keperangan
  4. Angkat dan toskan
  5. Boleh la letak topping ikut selera
Resepi Dan Cara Buat Popis
ni je bahan-bahan yang Cie guna apa yang ada kat rumah je


Resepi Dan Cara Buat Popis
Gulung macam ni je. Letak pisang atas kulit popia lepas tu gulung je.Nak lekatkan tu sapu je air, Elok je melekat

Resepi Dan Cara Buat Popis
Ni masa first buat. Nak try dulu. Bagi anak-anak rasa katanya sedap. Jadi la kiranya.




Resepi Dan Cara Buat Popis
Ni yang kedua. Anak-anak letak toping sendiri. tabur milo macam nak buat air milo. hihihi

Milo tu Cie dah campur dengan Meal Shakes untuk kesihatan anak-anak. Anak-anak selalu minum milo ais so kita topup nutrisi untuk melengkapi. Dulu-dulu masa anak kecik campur dalam susu je. Meal Shakes ni lengkap dengan vitamin dan mineral.

Pisang untuk buat Popis ni boleh je apa-apa pisang yang boleh dimakan mentah.Cie buat guna Pisang Berangan. Pilih yang masak la baru sedap. 

Popis ni pun dah manis sebab ada sirap coklat tu kan. Cie guna Hershey's Syrup lebih sedap rasanya tapi mahal sikit la sebotol tu dalam RM15++ gitu la. Kalau brand lain tu murah sikit tapi kurang sedap. Depends jugak ikut selera masing-masing.

Topping tu pun boleh je letak macam-macam ikut citarasa kita. Cie ni letak apa yang ada je kebetulan ada nestum anak dapat dari ustazah KAFA. Milo tu memang ada la untuk anak-anak minum. Tu jela cuma beli sirap coklat, kulit popia dan pisang je.

4 comments:

  1. Belum cuba lagi resepi ni. Dok selalu tengok orang share. Nanti nak jugakla mencuba.

    ReplyDelete
  2. waduh.. semua tinggi gula... untuk orang diabetes a big no... tp untuk orang sihat memang sodap nii

    ReplyDelete