Kali Kedua Menginap Di Adena Beach Resort - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 7 August 2022

Kali Kedua Menginap Di Adena Beach Resort

 ADENA BEACH RESORT KUANTAN PAHANG

Adena Beach Resort

Cuti Umum Sultan Pahang pada 1 Ogos 2022 baru-baru ni Cie berkesempatan untuk bercuti di Adena Beach Resort Kuantan. Cie check in pada 31 Julai 2022 dan check out pada 1 Ogos 2022.

Ini merupakan kali kedua Cie stay di Adena Beach Resort ni. Kali pertama tahun 2019. Kebanyakkan hotel penuh pada 30 Julai 2022 cuti awal Muharam ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti. Terpaksa la kami memilih tarikh 31 Julai 2022.

Sampai di Adena Beach Resort memang ngam pukul 3 selepas kami lunch di Pok Awang Celup Tepung Pantai Pelindung. Terlalu ramai dah orang penuh kat lobi. Siap beratur dah. Kami pun berjalan ke pantai di belakang Adena ni sementara nak bagi clear sikit kat lobi tu.

Adena Beach Resort
bila bercuti anak-anak la paling seronok. memang bercuti untuk anak-anak

Adena Beach Resort
bersantai kat pool dulu sebelum check in

Adena Beach Resort
menikmati view yang cantik sejuk mata memandang

Adena Beach Resort
restoran bersebelahan dengan pool

Adena Beach Resort
lobi sebelah sana tu masih ramai beratur sampai dah keluar lobi

Adena Beach Resort
ibu bersama anak sulung ibu Kakak Raisha

Adena Beach Resort
ibu bersama anak kedua ibu Adik Rania


Dah puas bersantai 30 minit, orang beratur pun dah makin kurang baru la melangkah ke lobi untuk check in. Kena la beratur dalam keadaan sangat panas mengalir peluh. Kat lobi takde kipas memang harapkan fresh air jela. Dengan orang ramai memang takdela fresh air tu.


Adena Beach Resort
memang ambil twin bed senang nak cantumkan muat la tidur 4 beranak

Adena Beach Resort
dulu iron board dan iron kena request baru mereka hantar. kali ni check in je dah ada. maybe upgrade service la kot

Adena Beach Resort
ibu nak snap gambar tv tu je tetiba adik duduk buat peace. hihihih

Adena Beach Resort
bawah rak tv tu kosong je takde apa

Adena Beach Resort
ni biasa la ada tapi tak pernah buat pun kopi teh

Adena Beach Resort
kat sini memang open wardrobe je

Adena Beach Resort
tempat shower tu macam sempit sikit. kalau nak mandi kena buka je glass door tu selesa la sikit nak shower

Adena Beach Resort
ni pun biasa ada

Adena Beach Resort
mirror post dulu. hihihih

Adena Beach Resort
dah nak keluar check out baru la buka drawer ni jumpa hair dryer. ingatkan takde

Adena Beach Resort
ni sempat snap gambar chalet yang ada kat situ dah fully book masa Cie survey tu. Nampak menarik

Adena Beach Resort


Adena Beach Resort
ni banglo betul-betul dekat dengan pantai


Stay sini dulu tahun 2019 ada la sikit-sikit perubahan. Dulu ada basikal boleh la kayuh-kayuh. Sekarang takde dah. Ada tambahan ATV, water activity, ada jugak kuda sebelah petang. Kuda tu bayaran seikhlas hati je kalau nak naik. Tak naik pun sebab tak bawak duit. Anak dan suami begambar je.


Adena Beach Resort
kuda ni pulak Ikhwan punya. Katanya hari cuti je mereka ada di situ


Adena Beach Resort
30 minit RM50 ni bukan under hotel. orang tu sewa kat tapak hotel

Sebelah petang selepas check in kami berehat dulu dalam bilik. Penat beratur nak check in tu. Dah settle semua baru la kami bergerak ke panta selepas Asar. Angin kuat sangat petang tu best dapat menikmati keindahan pantai.

Adena Beach Resort


Untuk bilik ni dapat 2 sarapan percuma. So untuk anak-anak jela kena buat bayaran. RM15 sekepala. Kalau anak jenis makan ok la berbaloi bayar. Tapi kalau jenis tak makan memang rasa tak berbaloi la.

Adena Beach Resort



Menu biasa je untuk sarapan. Ada nasi tomato kalau tak silap sebab Cie tak ambil nasi tengok orang beratur nak ambil. Ada bihun juga situ. Cie ambik yang takde orang beratur macam kat kaunter mi sup.


Adena Beach Resort
ada tambahan tempat makan sebelah restoran tu

Adena Beach Resort
sebelah je dengan pool tu

Adena Beach Resort
mi sup ni masin sikit

Adena Beach Resort


Adena Beach Resort


Adena Beach Resort
ni pun kena beratur jugak suami la yang beratur

Adena Beach Resort
lama tak minum kopi

Adena Beach Resort



Menu lain ada bubur pisang, cereals, roti, agar-agar, kek. Tu jela. Overall menu breakfast ni tak memenuhi selera Cie. Macam biasa je. Peralatan seperti mangkuk dan pinggan juga tidak dicuci dengan bersih. Ada mangkuk plastik yang agak kotor.

Tamat la percutian kami 2 hari 1 malam pun dah ok buat anak-anak happy. Anak-anak memang suka mandi pantai, pool mereka tak layan. So kalau nak bercuti kena cari lokasi tepi pantai jela.

Banyak lagi gambar lain di Facebook album Adena Beach Resort


3 comments:

  1. cantik. menarik. nice sharing.

    ReplyDelete
  2. nice review dik, teringin nak ke kuantan nanti kak ana boleh lah ke sini, done follow 411, salam ukhwah dari kak ana :)

    ReplyDelete