Pok Awang Celup Tepung - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 6 August 2022

Pok Awang Celup Tepung

PANTAI PELINDUNG, KUANTAN PAHANG

Pok Awang Celup Tepung

Minggu lepas kami sekelurga telah pergi bercuti ke Kuantan memandangkan lama juga dah tak bercuti. Selalunya setahun sekali memang akan bercuti di tepi pantai. Anak-anak memang suka mandi pantai.

Pok Awang Celup Tepung ni lama dah viral tapi biasa la bila tengah viral memang Cie tak suka nak pergi. Dah tentu ramai orang. Bila dah agak lama sikit baru la kita mencuba pulak.

Tak susah pun nak cari kedai ni. Betul-betul tepi pantai je. Pantai Pelindung di Beserah Kuantan. Masa kami sampai pun semua meja full. Ada rezeki kami ada satu family tu dah siap makan dia panggil kami untuk ambik tempat dia.

Makanan kat sini semuanya dimasak selepas kita dah pilih so memang dapat makanan yang betul-betul panas la. Tu yang best. Kebanyakkan kedai celup tepung ni semua dah goreng siap-siap kita terus ambil je. Kadang-kadang dah sejuk dan tak rangup dah tepung gorengan tu.

Pok Awang Celup Tepung
kat sini ada pelbagai jenis seafood boleh pilih. Harga pun ada sekali kat situ boleh la buat kira-kira sebelum ambil. Harga dah termasuk masak.


Pok Awang Celup Tepung
harga udang dalam mangkuk tu murah sikit udang biasa. yang ikut gram tu besar sikit. ikan pulak harga per ekor


Pok Awang Celup Tepung
sotong pun ada 2 jenis, bebola, ikan kembong


Pok Awang Celup Tepung
lepas dah pilih tu boleh la bawa ke kaunter timbang sebelah tu je untuk mereka timbang sebelum masak


Pok Awang Celup Tepung
mereka akan tulis dalam resit dan bagi kat kita. seafood tu mereka akan goreng


Pok Awang Celup Tepung
ni pulak list makanan lain dan minuman kot la ada nak tambah


Kami order air, keropok lekor dan sata je. Ingatkan kena order kat kertas dan mereka akan hantar. Rupanya air je mereka hantar. Makanan tu kita just tulis berapa kita ambil untuk bayaran nanti. Makanan tu kita ambil sendiri je kat bahagian makanan tu.

Pok Awang Celup Tepung
husband hantar pesanan air kat kuanter tu tunggu mereka datang kat meja tak kunjung tiba. Makanan boleh ambil sebelah kiri tu


Pok Awang Celup Tepung
sata tu macam terlebih bakar hangus sikit tak sedap la jadinya. keropok pun dah sejuk jadinya tak sedap jugak dah nasib baik ambil sikit je


Sementara nak tunggu siap gorengan tu kami 3 beranak ke tepi pantai dulu nak ootd dan tengok view pantai yang tersangat cantik. Babahnya jaga meja. 

Pok Awang Celup Tepung
sempat la ootd kejap. husband dah call bagitau dah siap masak


Pok Awang Celup Tepung
teh o laici untuk kakak, laici untuk adik, laicikang untuk ibu, jagung cincau untuk babah


Pok Awang Celup Tepung
ni la hidangan kami. bila dah masak nampak banyak pulak


Pok Awang Celup Tepung


Pok Awang Celup Tepung

Tak habis pun kami makan. Bungkus je yang tak habis tu. Perut dah full sangat dah kekenyangan. Siap makan sekali lagi ootd tepi pantai. Cantik sangat view tu rasa macam nak duduk je tepi pantai tu ambil angin pantai. 

Pok Awang Celup Tepung


Pok Awang Celup Tepung


Pok Awang Celup Tepung


Pok Awang Celup Tepung

Akhirnya merasa jugak makan di Pok Awang Celup Tepung di Pantai Pelindung Kuantan. Next time InsyaAllah akan repeat lagi makan di sini. Harga berpatutan dan makanan juga sedap.

4 comments:

  1. Wah! Syokk la makan udang ikan yang kita pilih, lepas tu baru masak... Memang betul² masih panas tu.

    ReplyDelete
  2. Cantik tepung gorengan tu, nampak rangup sangat.

    ReplyDelete