Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 - BLOG ROZIAH @ CIE

Friday 24 February 2023

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022

 ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2022 | JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022

Alhamdulillah syukur untuk kali yang kedua dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sepanjang berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Kali pertama dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 dan kali kedua Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 di jabatan yang sama iaitu Hospital Kuala Lipis.

Tak terfikir pun akan dapat 2 kali tapi dah rezeki tertulis nama kita hanya mampu panjatkan kesyukuran atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang dianugerahkan ini. 

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 Jabatan Kesihatan Negeri Pahang peringkat Zon Pahang Barat melibatkan beberapa PTJ yang berada di Zon Barat iaitu Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Pergigian Daerah bagi daerah Lipis, Raub, Bentong dan Cameron Highlands.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 kali ini diadakan di Dewan Jubli Perak Raub pada 4 Februari 2023. Sebelum ini diadakan di Kuantan dan melibatkan semua PTJ Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Kali ini ianya diadakan mengikut zone.

Pada 3 Februari 2023 kami bertolak ke Raub untuk menghadiri sesi raptai selepas solat Jumaat dengan menaiki bas. Lama tak naik bas memang rasa excited duduk depan sekali. hahahah. Duduk seat belakang driver baru la nampak depan.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022
kita duduk seat belakang driver


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022
selfie la dulu sambil menikmati permandangan dari dalam bas

Lebih kurang 2 jam sesi raptai dan kami bergerak balik ke hospital. Perjalanan dari Kuala Lipis ke Raub lebih kurang sejam je. So memang tak sempat la nak lelap sepanjang perjalanan tu. Biasa la bila mengadap handphone dan scroll social media memang takdela rasa nak terlelap tu.

Keesokan hari majlis 4 Februari 2023 kami bertolak dari Hospital Kuala Lipis jam 6.45 pun menaiki bas jugak. Hospital memang sewa 1 bas untuk kami kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022. Senang naik 1 bas je tapi ada juga yang naik kereta sendiri.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dirasmikan oleh YBHG. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia. Buat pertama kali Cie tengok depan mata. Segak orangnya nampak muda. Rupanya beliau nak bersara bulan Februari 2023 dan semasa Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 pun ada diadakan gimik untuk beliau bagi mengenang segala bakti yang ditaburkan sepanjang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022


Banyak amanat yang disampaikan oleh BHG. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia yang kita boleh gunapakai bagi menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Panjang lebar amanat beliau buat kali terakhir untuk penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022

Sebelum mendengar amanat dari KSU, kami telah mendengar amanat dari Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang YH. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus.

Selepas ucapan dan amanat yang disampaikan tibalah masanya untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022. Time ni memang berdebar, sakit perut dan semua rasa la ada. Hahahah.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022
ada la gambar ihsan dari urusetia ambil dari jauh

Taktau la apa jadi gambar yang cameraman tu ambil. Belum dapat lagi. Berdebar tak hilang walaupun dah ada pengalaman sebelum ni. Macam-macam la duk fikir takut tersadung la, takut tersungkur la apa la. Ishhh macam-macam fikir. Atas stage tu ada tanda yang pihak urusetia sediakan so kita kena stop kat tanda tu dan menghadap ke depan sambil pandang kamera kat tengah-tengah. 

Teringat masa Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 tu gambar Cie tak elok. Macam ada something kat lubang hidung warna putih. Harap-harap gambar Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 ni elok la sikit. Nak frame kan pun segan. Hahahah.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015
senyum tu dah ok

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015
sekali bila zoom terus hampa tengok bawah hidung tu ada putih entahla apa maybe masa gambar tu di print

Pihak urusetia ada sediakan photo booth. Memang sakan la masing-masing penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 abadikan kenangan. Masa Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 takde pun photo booth dan gambar pun tak banyak masa tu. 

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022
antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 Hospital Kuala Lipis bergambar bersama Pengarah Hospital


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022
berebut semua nak bergambar dengan KSU


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022
menu daerah Raub yang dihidangkan ada juga yang tak makan. Cie makan je semua tu. Hihihi


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015
tahun 2015 dulu masih dengan gred C27. Tak ingat tahun bila entah di upgrade ke 29

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022


Mana tau kan 10 tahun lagi akan dapat untuk jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C32 (KUP) pulak. Hiihihi. Berturut la gred berbeza. Kalau ikutkan tahun 2021 Cie dah dapat kenaikan TBK tapi untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 ni masih dengan gred C29. 

Begitulah cerita Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 yang dah lepas awal bulan hari tu. Ingatkan nak tunggu gambar terima anugerah dari fotografer tapi lambat sangat masih belum dapat lagi dah hampir sebulan. Duit ganjaran pun masih belum dapat jugak lagi. Selain dari terima sijil anugerah, penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang akan menerima juga RM1000 dimasukkan ke dalam akaun SSPN.

Alhamdulillah syukur untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 ini yang diiringi dengan tanggungjawab besar yang perlu digalas. Sentiasa kena kekalkan kecemerlangan di dalam perkhidmatan walaupun tidak menerima anugerah. Ikhlas dalam bekerja InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar.

Terima kasih Pengarah Hospital Kuala Lipis, Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian serta semua kakitangan Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lipis.

4 comments: