Cermin Mata Baru 2023 - BLOG ROZIAH @ CIE

Tuesday 28 February 2023

Cermin Mata Baru 2023

 OPTICMAX CENTRE KUALA LIPIS

Minggu lepas masa nak masak breakfast untuk anak-anak masa nak ambil cermin mata tu tiba-tiba terjatuh cermin. Bingkai tu masih ada kat tangan Cie. Rupanya skru dah terbuka sikit. Terus jela Cie ketatkan guna hujung pisau tu. Boleh pakai macam biasa.

Cermin mata baru 2023

Ingatkan dah ok rupanya sekali lagi jadi masa dalam kereta lepas je keluar dari IKEA CHERAS Sabtu hari tu. Kelam kabut la cari benda yang boleh guna untuk ketatkan skru tapi takde. Mujur la ada getah gelang kat stereng tu berguna la juga untuk ikat sementara nak sampai rumah.

Cermin mata baru 2023

Kalau takde getah ni merabun la nak sampai ke Lipis lagi 2 jam. Huhuhu. Dulu pernah dah merabun dari Bentong ke KL gara-gara cermin mata hilang tahun 2019.

Dulu-dulu Cie selalu tempah cermin mata kat William Optic Raub. Sejak ada kedai cermin mata yang baru buka kat Lipis ni kali kedua dah Cie beli kat Opticmax Centre Kuala Lipis. Kali pertama tahun 2020 dan kali kedua beli Cermin mata baru 2023.

Hari Ahad kedai tutup. Kebetulan Isnin cuti so terus la pergi beli cermin mata baru. Tapi disebabkan Cie ambil kanta yang tak boleh tembus cahaya handphone dan komputer apa entah namanya Cie lupa, so tak boleh siap terus. Selasa baru siap. Ok jela cermin mata lama Cie mintak dia adjust skru tu.


Cermin mata baru 2023
Cie ambik kanta elak sinaran tu yang mahal sikit. Kalau ambil kanta biasa tu rm200 lebih je


Cermin mata baru 2023
Banyak pilihan sampai taktau nak ambil yang mana. Banyak optometrist tu suggest Cie try 10 bingkai kot

Cie nak cari yang takde skru. Optometrist kata bingkai plastik je takde skru. Sebelum ni Cie dah pernah pakai bingkai plastik mudah patah. So terpaksa la pakai yang bingkai ada skru jugak.

Cermin mata baru 2023
Akhirnya ini jadi pilihan hati. Kembali ke warna hitam jugak


Cermin mata baru 2023
Baru balik dari ambil cermin mata snap gambar dulu dalam kereta


Cermin mata baru 2023
Ni cermin mata yang lama. Suka design yang ni tapi dah tak boleh pakai skru dah nak tercabut


Cermin mata baru 2023
Cermin mata baru bertambah pulak power


Cermin mata baru 2023
Dapat ni sekali dalam case tu ada kain lap


Optometrist tu kata seeloknya tukar cermin mata baru 2 tahun sekali. Cie ni pulak tukar bila dah rosak je. Selagi tak rosak selagi tu la pakai. So lagi 2 tahun la kita tukar cermin mata baru pulak.

Esok dah boleh pergi kerja dengan cermin mata baru. Anak-anak kata nampak lain muka ibu pakai cermin mata baru. Hihihi

4 comments:

  1. Sama la kita..selagi x rosak selagi tu x tukar..Akak yang baru ni pun jarang pakai...buat bukan main lagi..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cie ni memang tak nampak tu yang kena jugak pakai. power pun makin naik. haishh

      Delete
  2. cantik plak spek,, oo tak tahu pulak spek memang kena tuka 2 tahun sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. optometrist tu kata kena tukar 2 tahun sekali.

      Delete