Pengalaman Diet Intermittent Fasting - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 10 February 2023

Pengalaman Diet Intermittent Fasting

BERAT TURUN DENGAN DIET INTERMITTEN FASTING


Pengalaman Diet Intermittent Fasting

Intermitten Fasting ni sebenarnya bukan diet baru diperkenalkan. Memang dah ramai yang mengamalkannya untuk menurunkan berat badan termasuk la Cie yang dah amalkan IF secara konsisten sejak 26 Julai 2022.

Apa Maksud Intermitten Fasting?

Intermitten Fasting atau lebih mudah dipanggil IF merupakan diet yang berkonsep mengatur pola pemakanan mengikut jadual tertentu. IF ni menggunakan kaedah berpuasa sebagai medium utama diet. Ia bukan saja dilakukan oleh individu beragama Islam, malahan individu agama lain turut berminat untuk mengamalkannya.

Di negara barat ianya memang popular di dalam kalangan para atlet dan selebriti. Di Malaysia, Intermitten Fasting juga sangat terkenal dan hangat di media sosial. Ramai mengamalkan mengikut keselesaan masing-masing.

Fasa Berpuasa (Fasting Window)

  • Waktu tidur juga dikira sebagai tempoh fasa berpuasa.
  • Sepanjang tempoh berpuasa hanya boleh minum air masak, teh hijau, teh kosong tanpa gula, kopi kosong tanpa gula, air yang tiada kalori atau kalori rendah bawah 10kcal.
  • Tidak dibenarkan makan selagi belum habis tempoh fasa berpuasa.


Fasa Makan (Eating Window)

  • Boleh makan apa saja makanan sepanjang tempoh fasa makan (eating window) tapi sangat digalakkan untuk makan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
  • Digalakkan untuk tidak makan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula, garam, lemak dan minyak.


Tempoh Fasa Berpuasa dan Fasa Makan

Tempoh 18:6

18 jam berpuasa dan 6 jam boleh makan apa sahaja. Contohnya kalau kita last makan malam 7pm hari ini dan kita akan berbuka keesokkan hari pada 1pm. Bermakna mula dari 1pm kita dah boleh berbuka puasa dan makan. Sepanjang tempoh puasa 18 jam tu kita hanya boleh minum je. Masa tu boleh diubah la asalkan cukup 18 jam.

Tempoh 16:8

16 jam berpuasa dan 8 jam boleh makan. Jika hari ini last makan malam 7pm, keesokkan hari kita akan berbuka 11am. Bermula 11am kita boleh makan apa saja dan sepanjang tempoh berpuasa kita hanya boleh minum sahaja.

Tempoh 14:10

Tempoh ini agak singkat waktu berpuasa hanya 14 jam. Jika waktu makan terakhir kita 7pm maka esoknya kita boleh berbuka 9am. Dah boleh makan sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Makanan Yang Boleh Dimakan Semasa Intermitten Fasting

Jika kita mengamalkan Intermitten Fasting amat penting untuk kita menjaga pemakanan kita supaya IF kita tu tak sia-sia. Sepanjang tempoh IF ni pembakaran lemak berlaku sebab tu penting jaga pemakanan.

Macam Cie amalkan juga Diet Suku Suku Separuh. Boleh makan macam biasa apa kita suka cuma porsi dikurangkan. Ni Contoh Menu Diet Suku Suku Separuh yang Cie amalkan.

Selalunya berbuka IF Cie akan minum protein shake Shaklee. Sama ada ESP / Cinch Shake / Life Shake. Minum ni pun sangat mengenyangkan dan kalori rendah. Waktu dinner Cie akan makan nasi atau heavy meal yang lain.

Pengalaman Diet Intermittent Fasting


Pengalaman Diet Intermittent Fasting


Pengalaman Diet Intermittent Fasting


Pengalaman Diet Intermittent Fasting


Pengalaman Diet Intermittent Fasting



Pengalaman Turun Berat Badan Dengan Intermitten Fasting

Cie mula amalkan Intermitten Fasting secara konsisten bermula 26 Julai 2022. Sebelum tu pernah buat tapi on off je tak konsisten. Sampai la bulan Julai tu memang betul-betul nekad sebab berat dah cecah 66.2kg. Tak pernah capai pun sepanjang hidup. Masa mengandung pun paling berat 60kg. 

Tak banyak sangat gambar masa gemuk. Malu nak bergambar. Tiap kali bergambar nak kena pose betul-betul kalau tak memang nampak kembang sana sini.

Banyak baju kerja yang tak muat. Seluar semua ketat. Baju size S semua macam salut nangka. Terpaksa tukar size M dan L. Berjalan naik bukit atau tangga mesti mengah. Pernah kena sakit lutut dan tumit. Terus la nekad nak dapatkan berat ideal. Berat 66.2kg dan tinggi 155cm dah masuk kategori overweight.

Pengalaman Diet Intermittent Fasting
Masa ni berapa kali snap picture sebab semua angle gemuk. Hahaha


Pengalaman Diet Intermittent Fasting
Sado je lengan tu. Hahaha


Pengalaman Diet Intermittent Fasting
Masa ni pakai baju size L. Memang ngeri betul tengok berat sendiri



Bila kita dah nekad memang kita akan usaha juga untuk turunkan. Masa tu gigih study berkenaan Intermitten Fasting ni dan terus buat je. Cie buat IF minimum 13 jam hingga 19jam. Selalunya Cie buat 18 jam kalau hari bekerja. Hari cuti kadang-kadang 13 jam bertahan banyak godaan. Hahaha.

2 minggu pertama Cie betul-betul stop makanan dan minuman manis. Setiap hari 30 minit buat simple excercise. Slow workout atau kayuh excercise bike. Ada masa morning walk atau evening walk. Awal-awal memang konsisten. Memang terbakar la kalori tu. Boleh pantau berapa kalori terbakar, berapa kilometer berjalan guna Smart Watch Huawei Band 7.

Pemakanan pulak masa awal-awal tu Cie buat Diet Suku Suku Separuh. Berbuka IF Cie minum protein shake, dinner Cie makan nasi atau makanan lain dengan sukatan suku suku separuh tu. Suplemen pun Cie makan Lecithin, Omega Guard, Alfalfa, DTX.

Semasa IF berbelas jam tu Cie akan minum Cinch Tea. Memang sangat membantu IF journey Cie. Cinch Tea membantu boost metabolisme, bakar lemak, elakkan craving makanan atau minuman manis dan banyak lagi.

Bulan pertama Cie jaga pengambilan kalori harian. Cie guna apps Lose It! untuk kira berapa kalori Cie makan. Setiap hari kurang dari 1200kcal je yang Cie ambil. Syok Cie guna apps tu just masukkan je kita makan apa dan apps tu akan kirakan. Kiranya Cie buat juga kalori defisit tu selain dari Intermitten Fasting.

Sepanjang Intermitten Fasting ni pun Cie guna apps Fasting Tracker untuk kira berapa jam Cie IF. Senang nak pantau progress IF bila ada apps ni. Tak payah nak kira guna jari. Sampai sekarang Cie guna.

Pengalaman Diet Intermittent Fasting



Pengalaman Diet Intermittent Fasting

Untuk pantau progress penurunan berat Cie beli penimbang kat Shopee yang boleh guna apps untuk connect ke handphone. Lengkap dengan bacaan BMI, fat, muscle, water dan macam-macam bacaan lagi memang lengkap la. Yang best apps ni akan keep record kita. Korang beli kat Shopee Smart Digital Weight Scale.

Alhamdulillah dah hampir 7 bulan Cie buat Intermitten Fasting secara santai berjaya juga turunkan berat hampir 9kg. Kalau betul-betul strict mesti banyak lagi turun.  Cie banyak cheat lepas dah capai berat ideal, BMI normal. IF diteruskan cuma makan jela tak jaga sangat dah. Tapi berat takde naik mendadak.

Banyak baju yang tak muat dah boleh pakai semula. Ada 23 pasang baju kerja tak muat kena simpan dalam beg. Sejak hujung tahun lepas baru boleh pakai semula. Ada baju yang Cie tak sempat pakai pun lepas beli dulu.

Pengalaman Diet Intermittent Fasting


Pengalaman Diet Intermittent Fasting


Pengalaman Diet Intermittent Fasting


Pengalaman Diet Intermittent Fasting


Pengalaman Diet Intermittent Fasting


Sekarang ni maintain berat dah capai 57.35kg. Naik turun tu biasa la. Kadang-kadang kalau terbabas makan tu cecah jugak 58++ lepas tu back on track semula akan turun. Takdela naik mendadak dan terus naik macam dulu.

Pengalaman Diet Intermittent Fasting



Sebenarnya ramai sangat yang buat Intermitten Fasting ni dan berjaya turunkan berat badan. Kalau korang nak tau lebih mendalam tentang Intermitten Fasting ni boleh juga dapatkan info dari blog ni Intermitten Fasting memang lengkap maklumat tentang IF.

Bagi Cie diet Intermitten Fasting ni paling senang nak buat. Tak rumit pun. Disamping tu dapat merehatkan usus kita dari bekerja keras setiap hari dan melatih kita untuk besederhana makan. Bila dah berbulan buat IF ni dah takde rasa apa pun bila skip breakfast. Akan jadi lain kalau skip IF. Setakat ni baru sekali atau 2 kali je Cie pernah skip.

Jom korang buat Intermitten Fasting sempat lagi nak turunkan berat sebelum masuk bulan Ramadhan.

















4 comments: