Shopping Baju Raya Di Bangi Sentral - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 28 February 2023

Shopping Baju Raya Di Bangi Sentral

 BANGI SENTRAL

Hari Sabtu yang lepas Cie ke Bangi nak Shopping Baju Raya Di Bangi Sentral. Kali kedua dah kami Shopping Baju Raya Di Bangi Sentral ni dan bagi Cie memang senang nak beli kat sini banyak butik-butik pelbagai jenama semua ada di sini. Cuma penat sikit la nak kena masuk semua butik mencari yang berkenan di hati.

Selepas siap lunch di Mohd Chan Restaurant husband ajak menyeberang jalan kaki je ke butik-butik area Bangi Sentral tu tapi Cie kata better la kita cari je parking kat situ senang nanti lepas shopping tak perlu menyeberang jalan dah nak angkut beg-beg shopping tu. Masa tu memang kami dah dapat parking kat area Mohd Chan tapi bila dikenangkan jauh nak seberang jalan better cari jela parking kat sana tu.

Shopping Baju Raya Di Bangi Sentral


Memang agak susah jugak sebenarnya nak cari parking area situ. Memang terlalu ramai jugak orang Shopping Baju Raya Di Bangi Sentral ni sama macam kami la nak settle awal lebih senang. 

Teringat dulu masa kami pertama kali Shopping Baju Raya Di Bangi Sentral ni bulan puasa. Memang penat la jugak. Tu yang kami decide shopping awal kebetulan nak cari baju kenduri nikah anak saudara husband weekend ni tema colour bata memang susah nak cari. 2x pusing jalan kaki masuk semua butik. Husband dan anak-anak dah kepenatan. Ibu je yang masih bertenaga. Hahahah.

Shopping Baju Raya Di Bangi Sentral


Shopping Baju Raya Di Bangi Sentral


Kena upah air dulu budak-budak ni tapi sebenarnya ibu yang beria nak beli. Hahahha. Pekena Mocha Ais baru laju nak berjalan. Padahal baru je lepas lunch. Dah siap beli air baru sambung pusing kali kedua pulak untuk buat final decision.

Akhirnya ketemu la yang dicari baju kenduri nikah dan baju raya pertama. Baju kenduri nikah tu nanti akan jadi baju raya kedua pulak. Repeat je guna baru la takde pembaziran. Kita bukan artis pun kan baju sekali pakai je. Hahaha.

Plan asal nak pakai 1 warna je untuk kenduri dan raya. Malas nak beli banyak-banyak bukan pakai sangat pun. Husband pulak taknak pakai raya warna bata tu dia kata tak cantik. Tu yang Cie kata takpela kita cari baju raya lain. 

Kebetulan Cie berkenan kat baju kebaya labuh tu macam cantik je. Beberapa kali masuk 2 butik mata asyik berkenan je elok la beli kan dari balik rumah menyesal. Ada banyak warna husband suruh ambik yang pink gelap + hitam tu so husband boleh beli baju melayu hitam kat Gene Martino.

Masuk 1 butik tu jumpa la warna bata tu pun dah tinggal 1 je size S. Yang display je ada. Size M dah habis. Size L masih ada. Cie try size S memang ngam soi so tak boleh gemok la. Hahaha. On jela walaupun harganya bagi Cie mahal sikit la. RM219 sepasang tapi sebab baju display Cie mintak diskaun dia potong la RM6.00 malas dah nak mintak kurang bayar jela.

Next cari baju anak-anak tadi dah jumpa kat Gene Martino warna oren kalau ikutkan tapi ok jela dah tak jumpa yang warna bata tu memang susah nak cari. Entahla kenapa anak buah duk pilih warna susah nak cari. Huhuhu. Warna basic banyak macam merah, purple, biru, hijau, pink senang nak cari.

Shopping Baju Raya Di Bangi Sentral
ni tema raya pertama kami. Warna pink gelap. 


Baju ibu kebaya hitam pink gelap, baju anak-anak pink gelap di butik Rosezie. Total baju ibu dan anak-anak RM427. Baju melayu babah warna hitam beli kat Gene Martino RM159 sepasang. Walaupun ibu tak suka sangat warna pink sebenarnya tapi boleh jela sebab gelap sikit takdela pink sangat.

Shopping Baju Raya Di Bangi Sentral


Baju kenduri anak-anak warna oren beli kat Gene Martino RM149 sepasang. So total sekali baju melayu babah RM457. Dapat 3 peket sampul raya. Sampul raya Gene Martino yang lepas-lepas pun masih banyak lagi tak pakai. Dulu-dulu ada member card, sekarang dah takde member card ni so tak boleh la collect point dah.

Shopping Baju Raya Di Bangi Sentral
tengok dalam gambar nampak macam oren je. Baju anak-anak tu Gene Martino memang oren. Design tak cantik tu yang beli untuk anak-anak je. Cie beli kat butik lain


Baju husband jela belum cari yang warna bata tu. Orang lelaki T-Shirt pun boleh je pakai kenduri. Kita yang perempuan ni kena la bersiap elok. Takkan nak pakai seluar jeans pulak pergi kenduri kan tak sopan pulak nanti.

Total belanja baju raya 4 pasang, baju kenduri 3 pasang RM884. Tidak termasuk baju kenduri babah yang belum beli dan tudung-tudung 3 beranak. Cie beli tudung bercorak kat Kekaboo je sebab baju kosong kan. Untuk tudung raya Cie punya kebaya tu dah ada tudung pemberian team bisnes Cie. 

Selesai beli baju kenduri dan baju raya baru rasa lega walaupun masing-masing dah kepenatan 2 kali round pusing masuk semua butik kat Bangi Sentral ni untuk Shopping Baju Raya Di Bangi Sentral. 

Sampaikan husband dah surrender la dia kata takpela kalau takde warna tema kenduri tu pakai jela apa yang ada. Hahaha. Orang lelaki kan memang cincai. Kita yang perempuan ni selagi tak jumpa selagi tu la takkan berhenti mencari. Mujur la saat akhir tu jumpa jugak.

Tema raya kami memang selalunya tak pernah pilih awal-awal. Sampai kedai tengok yang mana berkenan yang tu la jadi tema kami. So tahun ni tema pink gelap dan hitam.

2 comments:

  1. Orang perempuan ni gigih. Selagi tak jumpa idaman hati selagi tu dia akan cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss betul sangat. sifat semulajadi. hahaha

      Delete