Uniform Sekolah Anak Sesi 2023/2024 - BLOG ROZIAH @ CIE

Tuesday 28 February 2023

Uniform Sekolah Anak Sesi 2023/2024

 BACK TO SCHOOL | 2023/2024

Tahun ni semua persiapan Uniform Sekolah Anak Sesi 2023/2024 memang nak sediakan lebih awal supaya tak kelam kabut nanti memandangkan masuk je bulan Mac 2023 setiap minggu memang agak busy.

Uniform Sekolah Anak Sesi 2023/2024


Minggu pertama Mac 2023 busy dengan kenduri kahwin anak saudara suami. Minggu kedua Mac 2023 Cie pulak kena hadir kursus hujung minggu. Minggu ketiga Mac 2023 sekolah dah pun dibuka. So memang Uniform Sekolah Anak Sesi 2023/2024 perlu disiapkan awal.

Uniform KAFA pun dah siap dibeli masa bercuti di Kuantan bulan Januari 2023 hari tu. Kebetulan ada di Kuantan so terus jela cari Pusat Pakaian Hari-Hari. Beli 2 pasang baju KAFA, tudung putih dan stokin je. Masa tu belum tau anak-anak dilantik menjadi pengawas. Memang plan nak sediakan unform KAFA je dulu.


Uniform Sekolah Anak Sesi 2023/2024



Uniform Sekolah Anak Sesi 2023/2024 memang kena beli yang baru sebab kedua-duanya dilantik menjadi Pengawas Pusat Sumber. Alhamdulillah rezeki anak-anak.

Untuk uniform Pengawas Pusat Sumber sekolah adik tudung pink, baju kemeja pink, vest maroon, kain kipas belakang maroon. Adik akan pakai uniform lama kakak je masa tahun 2021 di sekolah yang sama kakak darjah 3 pun dilantik Pengawas Pusat Sumber. Cuma kain je beli lain sebab ketat dengan adik. Nampaknya adik lagi membesar dari kakak.

Uniform Pengawas Pusat Sumber Sekolah kakak pula tudung cream, baju kemeja cream, kain kipas belakang hitam dan vest hitam. So memang kena beli yang baru.

Selepas shopping baju raya di Bangi Central baru-baru ni kami ada singgah juga di Pusat Pakaian Hari-Hari tapi takde uniform colour cream. Yang ada colour kuning je. Tu yang decide nak beli kat Lipis jela memang ada kedai uniform yang cikgu suggest suruh beli di situ. Tapi kami ni lebih prefer beli luar dari Lipis sebab faktor harga.

Uniform Sekolah Anak Sesi 2023/2024

Nak taknak dah tiada pilihan lain terpaksa la juga beli. Harganya memang seperti yang kami jangka la terlalu mahal. Total kesemua sekali RM325 tapi dipotong menjadi RM320. Kalau ikutkan lagi mahal masa dia kira tu pun dia dah potong harga siap-siap per item. Tu yang dapat total semua RM325. 

  1. 2 helai kain kipas belakang warna maroon
  2. 2 helai kemeja warna cream
  3. 2 helai kain kipas belakang warna hitam
  4. 1 helai baju kurung warna krim
  5. 1 helai kain kurung warna hitam
  6. 2 helai tudung warna kuning cair
Yang tudung tu dah balik rumah baru ketara tak sama warna. Rupanya kuning cair. Malam tu pergi tukar semula memang takde colour cream. Jenis lain ada tapi anak taknak pulak. Malas dah nak mintak refund. Terus je klik kat shopee. Malas dah nak ke kedai tudung.

Selesai dah Uniform Sekolah Anak Sesi 2023/2024 so dah boleh fokus untuk persiapan nak menyambut Ramadhan jela nanti.

2 comments:

  1. Ibu bapa dah start sibuk la siapkan persediaan anak- anak nak masuk sekolah la skrg kan...rindunya nak sibuk2 macam ni...kakak Dania dah kat U...

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit pun banyak mengalir. hihi. kak SA dulu pun dah lalui masa kakak Dania kan. Sekarang dah masuk U pun banyak belanja.

      Delete