Kembali Ke Sekolah 2023/2024 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 20 March 2023

Kembali Ke Sekolah 2023/2024

 BACK TO SCHOOL 2023/2024

Hari ni bermula sesi persekolahan yang baru bagi tahun 2023/2024. Meriah tengok social media mak bapak memasing update kisah Kembali Ke Sekolah 2023/2024. Macam anak-anak Cie takde kesah sangat dah besar keduanya.

Kembali Ke Sekolah 2023/2024

Tahun ni kedua-dua anak Cie dilantik menjadi Pengawas PSS. Uniform pun berbeza la, sekolah berbeza so warna uniform berbeza juga. Kakak Raisha masa darjah 3 tahun 2021 dia dah dilantik menjadi pengawas PSS. Setahun jela masa tu lepas dah tukar sekolah darjah 4 tahun 2022 sekolah baru tiada lantikan pengawas untuk darjah 4.

Uniform kakak masa tahun 2021 tu ibu simpan dalam plastik elok-elok je. Mujur la tak bagi orang sebab masa tu duk fikir tak pakai dah nanti rugi je. Tak sangka la tahun 2023 ni adik Rania dilantik menjadi pengawas PSS jadinya boleh la guna uniform tu semula cuma kena beli kain lain je adik Rania tak muat pakai kain lama kakak.

Sekolah baru kakak uniform PSS warna cream. Memang susah nak cari. Warna tudung dan baju tak sama. Tapi boleh jela dah malas nak mencari. Beli kat kedai tak sama, beli kat shopee pun tak sama. Ramai je budak lain tak sama warna. Susah jugak nak cari warna tu.

Uniform pengawas PSS sekolah adik warna pink dan maroon. Senang je nak cari warna tu ada jual banyak tempat.

Kembali Ke Sekolah 2023/2024
tempat penyangkut langsir ibu tu la jadi port anak-anak sangkut baju


Last minute jugak semalam balik dari kampung ibu membalut buku yang baru beli hari Rabu buku KAFA, hari Khamis buku sekolah adik, hari Jumaat buku sekolah kakak tak sempat nak balut weekend hari tu balik kampung. Semalam balik dari kampung terus la kelam kabut balut buku, jahit lencana kat vest, jahit nama. Cuti sebulan lupa nak jahit.

Kembali Ke Sekolah 2023/2024
buku KAFA je balut ni. buku teks kakak masa cuti dah settle. buku teks adik belum dapat


Kembali Ke Sekolah 2023/2024
vest kakak

Alkisahnya kakak tahun ni kena pakai nametag berpin dah tempah dengan cikgu. Ibu duk bayangkan nametag tu nama sekali lencana so tak perlu la jahit lencana. Ibu tergerak hati nak suruh kakak whatsapp kawan dia petang semalam. Kawan dia kata jahit je lencana. Ibu pun sepantas kilat zasss siap.

Kembali Ke Sekolah 2023/2024
vest adik


Vest adik tu pulak memang ibu lupa nak jahit lencana dan tanda nama kain tu. Mujur la jugak teringat petang semalam terus jahit cepat-cepat sebelum balut buku. Lupa adik tukar uniform tahun ni. Ibu jarang buat kerja last minute. Untuk sesi Kembali Ke Sekolah 2023/2024 ni jadi last minute pulak. hihihi.

Dah la kena sidai tengahari tadi 1/2 jam berdiri kat luar pagar sekolah adik. Cikgu tak cakap hari pertama balik 1pm. Semua la ibu bapa kena sidai tadi. Dah la musim panas mujur la bukan bulan puasa lagi. Kalau tak tadi mau pengsan dah la masih IF belum berbuka.

Tu la alkisah Kembali Ke Sekolah 2023/2024 kali ini. Hari pertama anak-anak tak belajar dan minggu ni hanya orientasi sahaja. Minggu depan baru la start belajar. Selamat maju jaya anak-anak. Semoga terus cemerlang.

2 comments:

  1. Kami semalam di kuching hujan lebat... tp syukurlah semuanya berjalan lancar walaupun jem sana-sini skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu pagi2 kalut semua hantar anak sekolah.

      Delete