Lepehlicious Kafe Kuala Lipis - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 26 March 2023

Lepehlicious Kafe Kuala Lipis

 KEDAI MAKAN SEDAP DI KUALA LIPIS

2 hari sebelum masuk Ramadhan suami ajak mencuba menu di kedai makan baru buka di Kuala Lipis iaitu Lepehlicious Kafe. So kami pun pergi la waktu dinner selepas Maghrib. Tengok menu yang disediakan memang ada pelbagai jenis. Kedai makan sedap di Kuala Lipis ni banyak je dan memang suka mencuba.

Kalau makanan sedap berkali la kami akan makan. Seminggu sekali memang ada makan di luar. Boleh kata semua kedai kami dah cuba. Yang sedap kami akan repeat. Mana yang tak sedap tu terus pangkah jela.

lepehlicious kafe kuala lipis
kerusi meja semua berasaskan kayu

Masa kami sampai kat kedai ni tak ramai orang. Ada 1 meja saja pekerja TNB dalam 10 orang. So ok la service takkan lambat la sebab tak ramai orang.

MENU DI LEPEHLICIOUS KAFE KUALA LIPIS


lepehlicious kafe kuala lipis


lepehlicious kafe kuala lipis


lepehlicious kafe kuala lipis

Ada pelbagai jenis makanan dan minuman ada disediakan di Lepehlicious Kafe. So boleh la pilih ikut citarasa masing-masing. Harga pun agak berpatutan.

Kami memesan air Laici, air Tembikai, air suam, telur dadar, Nasi Goreng Daging Blackpepper, Nasi Goreng Seafood dan Kuey Teow Goreng. 

Sementara tunggu pesanan makanan sampai macam biasa la aktviti kami 3 beranak. Hihihi. Babahnya saja tak melayan aktiviti kami.


Lepehlicious Kafe Kuala Lipis


Lepehlicious Kafe Kuala Lipis


Lepehlicious Kafe Kuala Lipis


Lepehlicious Kafe Kuala Lipis


Tak lama lepas tu makanan pun sampai. Ibu share je Nasi Goreng Seafood dengan kakak. Adik makan Kuey Teow Goreng dan Babah makan Nasi Goreng Daging Blackpepper.

Lepehlicious Kafe Kuala Lipis


Lepehlicious Kafe Kuala Lipis


Lepehlicious Kafe Kuala Lipis


Lepehlicious Kafe Kuala Lipis


Lepehlicious Kafe Kuala Lipis

Semua makanan kat sini sedap dan kena dengan tekak kami 4 beranak. Cuma telur dadar tu jela kat tengah macam lembik dan tak masak sikit. Maybe sebab tebal kot dia buat sekali je untuk makan 2 orang.

Cuma bab sedap ni subjektif. Selera setiap orang tak sama kan. Maybe bagi kita sedap tapi bagi orang lain tak sedap. So kena try sendiri baru tau sedap ke tak. 

Lepehlicious Kafe Kuala Lipis ni terletak di jalan utama nak ke bandar Kuala Lipis. Bersebelahan dengan kedai gas Rahimah Jaafar. Landmark lain boleh jugak cari Sekolah Kebangsaan Clifford. Kiranya sekolah tu dibelakang Lepehlicious Kafe Kuala Lipis tu.



2 comments:

  1. sedap2 menunya selamat berpuasa sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah menu banyak dan sedap. selamat berpuasa juga :)

      Delete